Showing posts with label tentang sendra~. Show all posts
Showing posts with label tentang sendra~. Show all posts

Humour : Apa definisi awek kat Malaysia ni?

Kalau kita keluar ke shopping complex ke,pergi jogging kat park mana2 ke,nampak perempuan comel2,kiut2 seksi2 apa semua,auiomatik kan akan macam cakap "weyh,awek weyhh.."..tapi,kalau tengok akak2 yang pakai purdah..ala2 heejab on the wayyy..takde pulak kan nak cakap2 awek2 ke apa ke..tw pula kan kau diam..

Tapi,dorang pun tetap perempuan kan??Umur dorang pun ntah2 lebih muda dari perempuan yang seksi2 apa semua tadi yang sibuk kita nak switt2 apa semua tu..lagi cun ntah2 mereka2 tu..Tapi kenapa takde pun nak terdetik kat hati nak cakap dorang tu awek??takde pulak kan kau nak menggatal2 menggedik2 kat depa?jadi menjadi persoalan pada aku,apakah definisi awek??

Ok,dalam situasi lain pula,kau jalan2 kat night market ke apa kan..then kau nampak minah2 endon ke,myammar ke apa yang pakai seksi bukan main nak tersembul segala yang boleh diterjojolkan..tapi muka depa macam mak cik gali parit ke apa ntah..muka ratah ikan masin setiap hari kott2..stok bibir kuat isap curut ntah2..ada ke kau nak panggil tu awek??

Ok,situasi lain lagi,kau jalan2 lagi,then kau terserempak sekumpulan "awek2" yang sumpah nampak hot,seksi terbaik lahh..tapi dah dekat2 ke contohnya,kau dapat detect mereka tu bukan makhluk tuhan paling seksi,tapi makhluk tuhan yang buat transformasi..kenapa kau tak nak cakap tu awek pulak??dorang tampak lagi hot apa..tw pulak kan kau geli ke apa ke dan yang sewaktu dengannya..

Jadi menjadi persoalan aku juga,apakah definisi awek??adakah perempuan yang tergedik2,muka cun dahi licin kentut jamin tak busuk tu sahaja yang boleh kau panggil awek??Adakah perempuan yang menutup aurat dengan penuh sopan,pakai jubah molek apa semua tu kau tak kategorikan sebagai awek??apakahh??kau bangga memperlekehkan mereka kan??

Kepada perempuan,adakah menjadi satu kebanggaan kau nak orang lelaki semua panggil kau awek?nak dapat gelaran awek kena tergedik-gedik,mesti kasi mantop kau punya body,kasi nampak semua baru dapat title awek??betul kahh??please dong..aku ngak tw..Adakah perempuan yang pakai heejab tutup aurat apa semua tu wajar kau kutuk?*itu sekadar gambar hiasan*

Apa aku nak sampaikan kat sini,menjadi persoalan kat aku,wahai sebahagian kaum perempuan,kau sangat bangga kan kau tergedik2 pastu org lelaki ke apa menggatal2 kat kau,tergila2kan kau,then bila kau terkena,kau kata kaum lelaki ni gatal,pervert,penipu apa segala..Padahal kau yang menarik lelaki tu semua kat kau..lagi,kenapa ada sebahagian dari kau, yang bangga,mentertawakan golongan yang menutup aurat apa semua tu??

Bila orang mempertikaikan tu,mulalah kau cakap ni diskriminasi,nanti kau buat statement org kata perempuan tak pakai tudung tu jahat semuanya lahh..pastu kau main cakap perempuan yang pakai tudung,bila dorang buat salah sikit je,kau akan cakap"harap je pakai tudung.perangai sama juga.."lepas tu benda tu jadi point kau tak nak pakai tudung,pastu kau cakap tunggu kau dapat hidayah lah baru nak pakai..pfftt

Aku tak faham semua tu..harap orang dapatlah menjawab persoalan aku ni..

*entry ni bukan bertujuan nak buruk2kan kaum perempuan ke apa..cuma aku tertanya2,dan adakah salah untuk aku bertanya?

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

Blogosphere : Kenapa aku suka sangat kat blogger?

Omaigot...omaigot..sejak aku tulis blog dari dulu,aku selalu rasa blog aku ni macam takde orang baca.macam takde orang perasan pn blog aku ni..macam aku syok sorang2 je tulis blog..ceh,padahal sampai sekarang pun aku syok sendiri je tulis blog..tapi aku tetap gigih je nk tulis blog sebab aku suka..aku suka tulis blog.

Dalam byk2 social networking macam facebook,myspace,friendster apa semua..kenapa aku lagi pandang pada blog based networking ni seperti blogger,tumbler wordpress etc??semua membawa kesan dan faedah yg sama iaitu bersocial melalui networking,tapi kenapa aku kata jenis2 blog ni yg lebih cool berbanding yg lain??

Ok here we go aku punya reason..
  1. Orang yg menulis blog ni,dia tulus dari hati dia..sebab apa?sebab setiap apa yg dia cerita adalah apa yg diluah ataupun yg dia rasakan..klu yg lain,kemungkinan sedikit lencongan dalam penampilan tak kira pada gambar mahupun cerita pada profile nya..(aku tak kata semua,segelintir je)
  2. Social networking yg lain mungkin kebaikannya ia lebih menjurus pada perhubungan dua hala,juz mcm txting ataupun chating mcm biasa melalui comment2 pada gambar apa semua,tapi kelebihan pada blog,ia lebih dan ia lebih original..melalui penceritaan dan pendapat penulis tu sendiri.
  3. Kau akan kenal penulis blog tu lebih mendalam sebab setiap apa yg dia tulis tu mcm aku ckp,memang dari dia sendiri..(kepada penggiat plagiat2@plagiarism,kau tak termasuk..kau pergi jauh2)
  4. Orang yg mengeluarkan pendapat sekurang2 kurangnya klu dia pakai blog,sikit sbanya dia belajar tw mcm mana nk jadi diri sendiri,dan bukan plastik semata2..
  5. Bila penulis2 blog berkongsi pendapat,pendapat tu tak kira dari perkara besar haingga ke perkara remeh seremeh2nya,at least mereka kenal melalui hati budi masing2,bukan pada luaran atau pun rupa.(yelah,mcm yg lain kadang2,tgok gambar ppuan cantik je@lelaki hensem,terus nk add,klu yg buruk,delete terus..haiyaa.)
  6. Bila tulis blog,byk ilmu dapat,tak kira dari segi penggunaan bahasa2 coding HTML apa semua tu,C++ lah apa semua tetiba je terasa nk belajar..lepas tu,tiba2 je ada rasa nk mengikuti perkembangan semasa sebab nk buat entry..haha,apa yg aku nk kata,org tulis blog ni dia mcm buka minda sikit lah..(sumpah tak kata ehh yg lain tu tutup minda)
So,apa aku nk cakap kat sini,aku selute kat blogger2 sebab nmpak tw,seorang yg tulis blog ni,dia berani meluahkan pendapat pada umum,dan pembaca blog biasanya org yg berminat dan nk tahu apa yg diceritakan oleh penulis blog tu..dari situ,dah nmpak pembaca semua seolah2 mendengar apa yg penulis tu katakan..walaupun benda tu seremeh2 alam.walaupun tentang kehidupan harian yg sebenarnya takde org nk kisah..hahah..

Owh,dan baru2 ni,aku terperasan dan terasa sangatlah sumpah dihargai oleh seorang kawan blogger aku,dari shyfuri's blog..dia buatkan banner utk aku weyh!!ya allah..sangat terharu aku..aku rupa2nya dia dah buatkan aku banner tu dah berapa hari lepas dah..ni semua sebab aku depressed tak tentu pasal lah,aku tak perasan pun dia ada ckp dia buatkan aku banner kat shoutbox aku..

Dan baru2 ni,aku perasan dia buat banner utk aku,terkejut aku weyh..Bro,aku ni biasa2 je dalam tulis blog,dan aku masih byk lagi nk kena belajar..tapi sebab apa yg kau buat,aku terasa sgt dihargai..tak pernah aku terfikir akan ada org buatkan banner utk aku..OMG..aku nk abadikan screen shot entry dia yg dia buatkan banner utk aku kat entry ni..takkan aku lupakan lahh.

 mehh,aku tumbesaran kan lagi penghargaan ni yg buat aku terharu juga ni..

Hahaha,siap letak gambar bruce lee lagi..ya,kawan aku ni dia dah berumah tangga dan mempunyai seorang anak gadis yg comel bernama Qistina..(nama perempuan paling aku feveret sekali Qistina lahh)..hhaha,jgn ingat seorang bapa tidak lagi cool yaa..blog dia cool boleh tahan sebab apa?ni pergi blog dia..klik.

sebab ia berkenaan trend hobi bukan calang2 orang yg ada tw..nak cari preview game yg agak complete sebab dia dah main,nak cari info pasal model gundam?haa..ni dia..dengan menggunakan nickname uncle..(walaupun dia geli ketiak bila aku panggil dia uncle,apa aku kisah)..hah,apa point aku kat sini,aku tak pernah sangka akan ada org buatkan banner utk blog aku tw.terharuew.padahal blog aku murah je bro..haha

Sebenarnya,bro ni takde pun nk minta balasan dari aku ke apa untuk promote blog dia ke apa ke,tapi aku terasa mcm ralat lah klu aku tak ucap terima kasih kat dia..well,pertama kali seumur hidup aku ada org mcm hargai blog aku,aku harap dia memang meant it lahh ehh..hahha..so aku terasa nk buat cam dia juga lahh..aku pun nk wat banner utk dia juga..here we go,banner tak seberapa buat pakai paint je..hahha..




mungkin banner tu tak lah seberapa sangat,tapi tu ikhlas dari hati aku..thanks bro.aku terharu dowh.

(minta maaf klu ada pasal blogger yg aku silap tulis..tu pendapat aku je..klu salah bgtw lah ehh..)

Entertainment : Siapa kata aku tak layan manga@anime?


Saya sgt layan dan suka cerita2 diatas(sahaja),walaupun saya bakal menjadi warga 21 tahun..pelikkah?tidak matang kah?I say NO..ia bukan pengukur tahap pemikiran orang..ia cuma satu passion..thats it..it is better dari saya menonton cerita porno.Wohh,2010 is coming..babai 2009 yg sucks..kau tak best dowh..sucks sgt.

(credits to Bolloq's room)

Tips : Elakkan diri mudah touching..

Kali ni aku agak emosional sikit,aku macam byk sgt tertekan lately atas semua yg happen kat aku..tapi aku tetap nak tulis juga entry ni..Ok tajuk dia ialah tips2 supaya tak mudah touching..ok2,i admit yg aku ni sendiri seorang yg sgt sensitif..aku mudah sgt terasa dgn apa yg org kata..kadang2 org cakap benda tu betul tapi aku tetap mudah ambil hati..

Ceh2,mesti ada je yg bercakap tu,"sendiri selalu sensitif ada hati nk bg tips kat org nk kawal diri jd tak sensitif"..elehh..peduli apa aku kau cakap mcm tu,sekurang2nya aku cuba cari sendiri cara penyelesaian ni ehh..ok..setiap conversation,tak kira dgn kawan ke,lecturer ke,family sendiri ke, sentiasa ada je tw peluang utk kita ni kira terasa dgn apa yg diorang cakapkan..expecially yg sensitif mcm aku..hurmm

So kat sini aku nak list kan sendiri perkara2 yg perlu aku ambil kira,korang jugalah kalau ada yg sudi baca,supaya aku sendiri ingat dan aku mestilah nk happy selalu..penatlahh nk tacing2 selalu..bullshit sgt tw..ok ready,here we go..

1-aku mesti kena tw apa yg aku nk sakit hati??
hurmm..ye ke apa yg dorang cakap pasal ku ni??betul ke?Adakah dorang waras time dorang cakap pasal aku tu weyh?perlu ke aku terasa apa yg dorang cakap tu?

2-Ketawakan dan ambik remeh je apa yg dorang cakapkan..
Mungkin kadang2 org cakap2 tu memang nak sakitkan hati kita..tapi maybe betul,laugh is medicine kan?yaa,baik aku gelakkan sendiri apa yg dorang cakapkan..kalau dapat aku perlekehkan apa yg dorang ckp pasal aku..lagi bagus...

3-Jadikan je apa yg org cakap tu jd lawak bodoh.
Maybe aku juga boleh buat apa yg aku buat masa sekolah dulu,aku akan ceritakan semula apa yg org cakap pasal aku,then aku ubah cerita tu jadi macam lawak bodoh..hurmm,berkesan jg benda tu,even ia adalah lawak bodoh,sekurang2nya aku pandang ia dari persepsi lain kan?then kami akan gelak bersama..hurm..miss the old time..

4-buat dunno sekejap..
hurm,yg ni aku tak sure,tapi kadang2 betul tw..dalam setiapa apa yg org cakap,cuba kau rilek dulu,jgn terus melenting..diam je dulu sebab better kita fikir dulu apa respon yg kita nk bagi,dan kadang2 time kita wat dunno je,tiba2 dah terlupa apa yg dorang cakapkan..tadaa..dah tak tacing lagi..

5-Anggap je orang yang bercakap tu seorang yg tak proffesional..
hahaha,aku suka guna word proffesional tu..nmpak gah gitu..namun,apa yg aku nk cakap kat sini ialah,aku rasa better fikir sejenak,keep berfikirlah yg org yg cakap tu sebenarnya golongan yg biasa2 dan low class,dia tak proffesional lagi,sebab tu dia cakap main lepas je.."aku tak patut amek hati dgn ckp org low class"..

6-Cuba asingkan point yg dorang cakapkan..
apa yg aku nak sampaikan kat sini ialah disituasi kdg2 klu time aku nak tertacing tiba2 tu,time tu ialah situasi ramai orang ada bersama..kadang2 ada je kan mulut pedas tu,bajet cakap nk makan dalam kenakan kat kita..tapi better aku keep ingat yg dia bukan cakap pasal aku,dia cakap pasal budak lainlahh sendra..

7-Petik jari kau weyh!!
aku dicovered yg kadang2 kalau time aku terasa nak marah ke apa,aku akan petik jari utk hilangkan rasa marah tu..cuba korang petik jari sekarang,perasan x mende tu sedikit sbnyak wat kita lalai?haha..ntahlahh..pelik2 je aku,tapi berkesanlahh..ntah ada org kata kira dari satu sampai sepuluh lahh apa2 lahh..

8-bernafas dan terus bernafas sendra selagi kau mampu!!
yeahh..ni paling betul..tarik nafas dalam2!dan teruslah bernafas..buat tenang je,perasan tak kalau ntah tiba nak tacing pastu nak ngamuk,rasa nafas sgt laju tw.sgt2 laju.so kalau kita main tarik2 nafas,dapat kawal pernafasan,dapat kawal jugalahh kemarahan kita tu.dalam byk2 yg aku list,ni yg aku rasa paling betul dan mesti semua org ckp betul..haha

9-Jangan pandang semua benda tu seolah2 nak mengkritik kau lahh sendra..
ntah,apa yg aku nak sampaikan kat point yg ni ialah,cuba aku rilek je..ntah,dalam kata lain,think positif je lahh..contoh situasi aku pernah think positif..aku lepak kat studio,aku dgr ada group lain bercakap2,berbisik2..aku macam nmpak sesekali dorang jeling2 aku,takpe,aku think positif dorang sebenarnya nk cakap pasal kerja aku..tu je..so aku tak jadi nk terasa apa..hurm..

10-Ingat tuhan..
tu yg paling penting..aku selalu ingat ustat aku cakap,kita selalu fikir kita punya terasa,kita punya marah,tapi tuhan pernah tak marah kat kita??ada ke time kita tak semayang ke apa,terus dia tarik nikmat kita??tu yg selalu buat aku berfikir..come on lahh sendra..tak payah lah nk tacing2 selalu..

fuhhh,siap pun tips daripada aku..walaupun kelihatan macam merepek,at least aku mencuba buat tips sendiri..mungkin tips2 camni biasa je ada kat mana2..lagi tujuan aku tulis ni lebih utk mengingatkan aku sendiri..sgt tak best tw menjadi seorang yg mudah tacing..badan pun tak sihat,life pun tak happy,nak murung je selalu aku ni..tak fun..harap,ni semua pun boleh jadi tips utk semua..wahh..sekarang aku dah tak ngamuk macam mula2 tulis entry ni tadi..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*btw..bodoh r katun atas tu..aku tak camtu ehh