Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Political/Social : Kenapa orang melayu juga suka Chinese new year?

Aku bangga jadi rakyat Malaysia,negara yang ada rakyat berbilang kaum.stylo tw..etnik campur2 tapi hidup aman je kan..orang yang masih nak ada rasist2 ke apa,kau tak best..jangan jadi kawan aku.Ok,banck to the topik..aku memang suka chinese new year..kenapa aku suka?aku melayu..sebab2 aku suka chinese new year.

Aku suka tengok cara celebrate chinese new year ikut adat dorang..unik tw..macam agama diorang,diorang banyak kepercayaan yag unik lahh..contoh yang aku tahu,malam raya dorang,mereka akan sapu sampah ala kadar,ataupun tak sapu langsung,sebab tak nak buang luck utk tahun tu..unik kan.Hari tu,maid family cina boleh lah rehat..haha

Pastu,dorang juga ada kena beli baju baru,perabot baru apa semua kan?utk tahun baru dorang macam bagus semua baru,jadi banyaklah kedai2 cina buat sale baik punya..yang melayu ni pun tumpang sekaki lahh kann..haha...shopping sakan lahh..kita orang pun kena baru juga maa..diskaun manyak,takkan tengok je punn..

Then,masa chinese new year,mesti buah limau mana2 ada je..murah2 pulak tu..semua org beli stok kotak2 punya..kepercayaan org cina,kalau buah tangerine,dia bawak kekayaan,kalau limau,ia bawa tuah..kalau pada org melayu,dua2 sedap dimakan begitu saja maaa...boleh juga dibuat jus fresh oren juga pun..

Pom!pom!!pom!!!kalau org melayu sambut raya main mercun paling besar saiz jari kelingking,org cina punya paling cool!!amek kau,besar2 tapak tangan dorang punya mercun..tapi kat mana eh dorang beli mercun tu?wa tengok lu main kuat2 pom!pom!!pom!!!depan rumah lu pun jadi lahh..wa enjoy juga..kalau ada lebih sudi2lah hulur kat wa..wa sangap nak main mercun besar tu dari kecik wo..

Angpow!!yes angpow..macam bapak aku,pekerja dia ada juga beberapa yang berbangsa cina..tahun2 sebelum ni,ada je bapak aku bawak anak2 datang umah org cina ni,makan2 sikit,pastu dapat angpow..angpow dorang bagi dah lah bukan rm2 ke apa..kasi terus rm10 keatas je..aiyaa..dapat limau juga pulak tu..tahun ni macam senyap je pulak..bapaka aku malas kot..

Lanthern..lanthern bahasa melayu apa ehh??alaa..yang bulat2 kaler merah tu..owh tanglung..yes tanglung..aku ni kan student architecture.aku suka apa2 yang seni dan sangat stylo..aku suka tw tengok tanglung dorang..cantik kot susun banyak2..lepas tu,setiap tahun ada je haiwan yang tertentu,lambang zodiak dorang..tahun ni harimau pulak..aku suka bayangkan setiap zodiak dorang tu ada power masing2..

Paling penting,ingat redmummy sorang pencinta merah??aku pun pencinta merah tw..aku suka sangat raya cina,sebab masa raya cina,semua tempat kaler merah..yess i like..seronok kot tengok mana2 je ada kaler feveret aku..sebab tu aku tak pernah marah kalau tgh drive,sampai traffic light lampu merah..hahah.Ok,kesimpulannya kat sini,kat Malaysia ni,aku suka raya cina juga tw..sebab apa?paling penting sebab dia merahh..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Gong xi fat choy semua yang beragama buddha!!
*aku macam nak listkan je semua kawan2 chinese aku.
*kan bagus kalau setiap hari raya cina..setiap hari sana sini kaler merah..kaler feveret tu bhai!
*aku menulis mengikut pandangan sebagai seorang berbangsa orang melayu terhadap prayaan tahun baru cina.
*sendra support satu Malaysia!

iklan CNY 2010.














Political/Social : Kalau u sayang i,jangan pakai panties hari ni tw..(kalau setiap hari lagi bagus)..

 
14 Februari..cakap pasal 14 Februari semua org terus ingat punya tarikh apa ni..memang tak lain tak bukan tu haa..hari valentine lah kan apa lagi.benda ni malas nak cerita,semua org tahu.hari memperingati kekasih kejadahnya..benda dah terang2 haram..apa pula kau nak support??

Mula2 kau ajak semua tak pakai panties,supaya boyfriend senang nak check in ke?pastu next year,kempen tak pakai bra pulak..lepas tu,terus kempen bogel pulak..eh apa ni?malaysia ni negara membangun,tapi ada rupanya rakyat nya yang masih mundur fikiran..


Apa kau nak cakap tu modern trend?otak kau lahh..tu bukan moden,tu bangang namanya kak..nanti,malam ni,kau dah kena check in,pastu kau pregnant,kau nak salahkan siapa?andaikan nanti,kau pregnant sebab boyfriend kau dah game kan kau,pastu kau dapat anak,then,bila anak tu besar sikit,dia tanya..

Mama,camane papa mama dapat saya?ada kau nak ngaku "sebab mama tak pakai spender malam tu..papa geram,terus papa check in..tup2,dapatlah kamu boy.."..hehhh..bengong.haihh..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*sepanjang aku tulis ni,otak aku macam jammed je,idea terabur.
*apa paling nak point kan dalam hal ni,aku pangkah habis valentine day..
*kempen Malaysia’s No Panties Promotion for Valentine’s Day 2010 sangat memalukan dan menjijikkan..jelas membuktikan masih ada rakyat Malaysia yang berlagak modern thinking,open minded konon,padahal tu lah orang yang paling insane,uncivilized, immoral..
*camtu baik tukar hari valentine jadi hari tak pakai spender.
*siapa tak sokong aku?bagi 10 sebab kenapa aku salah?

Automotive : Wajah kereta Proton Sedan baru..(2010)

Ni cerita lama,tapi aku nak cerita juga.mula2,kan ada kat dalam The Star proton cakap akan keluarkan kereta baru..ada juga peraduan namakan proton sedan,tapi terbuka untuk warga proton je ahh..Bunyi macam gempak kan?gabungan Mitsubishi Lancer evo10 dengan Proton Waja..wow..

Pastu aku dah terbayang2kan camane rupa kereta ni bila di kacukkan camni??aku google punya google,keluar lah gambar ni..betul ke camni rupa dia??betul ke ni rupa kereta baru proton??apa komen?macam stylo.tapi tu betul ke??tapi kat blog carca marba lain pulak,lagi smart punya.


*Updated*
wajah kereta proton baru.
Proton MSX

 
 Dari depan nampak sangatlah ganas..Design macam Satria Neo pun ada..nampak macam garanglah.tapi macam muka budak debab garang pun ada...Lampu dah macam Toyota Caldina.



 Belakang pula,terang2 ada iras2 Toyota Caldina lahh..owh,dia buat ni kereta coupe rupanya.empat pintu,so bukan MPV..okeyh..nampak menarik..mungkin lepas pasang body kit akan nampak macam kereta kebal.



Tapi jangan fikir kereta gemuk macam ni tak boleh memecut laju..kalau nak tw,mengiku spec yang diberi,ia mempunyai kelajuan mencecah 250km/jam melepasi kelajuan bmw x5, porche cayanne, and nisan murano.


Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*nampak macam kureng sikit pada aku..tapi kalau betulah tu rupa kereta baru tu,kalau dah pasang body kit stylo juga kot..macam Saga BLM,mula2 keluar nampak buruk juga,tapi bila dah ada yang pandai2 alter apa semua,nampak macam Subaru Impreza juga.
*kredit tu blog carca marba blog ni best!aku nak cerita pasal auto manual je mulanya,nampak entry dia pasal kereta ni,sangat menarik.aku masukkan juga..minta halal~peace out!

Parenting : Hati seorang ibu.(adik Ammar)

Sebelum ni,aku takde lah rasa apa2 sangat pasal cerita adik Ammar ni,aku just rasa kesian2 camtu je lah,tapi setelah aku baca sendiri luahan hati ibu dia,aku rasa macam simpathy sangat.tersentuh hati aku.Baca sini.blog ibu adik Ammar.Sampai bila aku nak tahan kan je bila tengok kat mana2 sekarang semua bercerita tentang adik Ammar yang berusia 2 tahun dan menghidapi penyakit Patent Ductus Arteriousus (PDA) sejak kecil lagi..
Kalaulah aku seorang yang kaya,insyaallah aku akan cuba yang terbaik untuk bantu mereka..memang betul,duit tidak boleh membeli nyawa,tapi sekurang2nya kita ikhtiar kan?.Kos pembedahan tu sendiri dah RM12,000,mana nak dapat duit banyak camtu bang?lagi ,ikut cerita mak adik Ammar ni sendiri,dia sendiri tak mampu nak ada duit sebanyak tu.Duit simpanannya pun tak sebanyak tu.

Tapi,terima kasih pada Nuffnang,aku tak sangka Nuffnang ni ada juga ikhtiar untuk tolong adik Ammar ni..seolah2 memberi jalan kepada semua untuk tetap membantu adik Ammar ni memberi peluang kepada dia untuk sembuh dan memberi semula senyumannya.Jadi,kita semua bloggers boleh membantu adik Ammar ni dengan 3 cara.

Cara pertama:
Aktifkan Charity Ads dalam blog manager kita selama tempoh iklan charity tu ah..Kita tidak akan dibayar untuk Ads tu,tapi sekurang2nya iklan tu dapat membantu kita menyebarkan kisah adik Ammar ni pada semua.cara2 nak aktifkan Charity Ads:


Lepas tu,pergi ke Ads preference ,tukar daripada Global Ads CPC kepada Charity Ads .. (kiranya,kita takdelah dapat pun earning dari klik tu,tapi takpelah,sekurang2nya,kita ada usaha untuk bantu adik Ammar kan?)

Lepas tu,blog kita akan jadi ah camni,dipenuhi wajah adik Ammar yang jelas menunjukkan dia masih tidak tahu apa2 lagi,wajah anak yang masih suci lagi dan memerlukan bantuan semua untuk sihat dan gembira seperti budak2 lain yang sebaya dengannya.
 

Aku tak rasa rugi langsung pun kalau aku tukar charity ads ni,walaupun aku tak dapat sebarang earning dari nuffnang sepanjang kempen charity ni,tapi aku lagi happy kalau at least,apa yang aku buat ni dapat earning dari Allah,insyaallah.(lagipun aku bukan jenis bloger u click me,i click u back)

Cara kedua:
kalau yang takde akaun Nuffnang,bolehlah tulis juga entry tentang adik Ammar ni..sekurang2nya,ramai yang tw dan bersimpati kat adik ni.kepada nuffnangers,tulis entry nak masuk contest apa,nak dapat tiket wayang free boleh,takkan tulis tentang adik Ammar tak boleh?senang je pun.

Cara ketiga:
Kepada yang mampu tu,bolehlah apa salahnya kan terus menderma kepada keluarga adik Ammar ni kepada ibu adik Ammar ni,berapa pun amount nya,insyaallah dapat juga tolong ringankan beban adik Ammar ni.
Azmaniza Mohamad Kamal 514093114912(Maybank)..

Semoga,sedikit usaha kita ni dapatlah bantu adik Ammar ni..nak tahu kenapa aku terus tersentuh bila baca apa luahan hati ibu kepada adik Ammar?sebab aku teringat kat emak aku.Aku teringat luahan hati mak aku tentang perasaan macamana sedihnya seorang ibu bila kehilangan seorang anak.

 
Gambar aku(kiri) dengan arwah adik aku,Ahmad Nabil Amzar,1tahun 9bulan(kanan)

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Pembedahan adik Ammar dijadualkan pada 22 February 2010,dan kempen ni akan berlangsung sehingga tengah malam 17 February 2010..tunggu apa lagi?

Political/Social : Bloggers,please..never write about this please.

Ingat kes Aduka Taruna?Tulis punya pendek entry,langsi sangat mulut,kan dah kena benci dengan semua orang..kalau femes sebab mulut langsi nak buat apa?tak membanggakan langsung..hehh.malas nak cerita pasal dia tu..dah lapuk sangat..cerita dah basi..

Tapi dalam entry kali ni,aku cakap takde kena mengena dengan aku langsung pun,cuma aku nak remind diri aku sendiri dan kawan2 semua,jangan kita cari pasal ehh..Aku masih baru,tapi aku tetap tahu..kalau kau tak rasa kepak kau besar sangat,kalau kau tak rasa baju kau dah cukup tebal,kalau kau tak rasa pengaruh kau cukup kuat,please, never..never..and never tulis tentang ini.


dan ini.



Nak ikutkan,banyak nak diperkatakan..tapi baik diam. semoga kita semua aman dan happy je berblogging kan??peace!ada otak fikir,ada mulut diam.ada blog pun diam juga tw.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart

*sebenarnya,aku banyak nak luahkan pendapat aku pasal kes ni,tapi aku sedar siapa aku..sebab tak dapat resist nak tulis juga pasal ni,aku tulis entry peringatan je lah..sekali lagi,peace Malaysia,please!

Gossip : Fahrin Ahmad,aku sokong kau okeyh.

Kes Fahrin Ahmad nangis kat sidang media aritu,sampai sekarang pergi mana2 ada je org bercerita pasal tu..pergi shell nak isi minya nampak muka Fahrin,terus org bercerita pasal dia,pergi guardian nak beli pencuci muka,nampak juga muka Fahrin,pun org nak cerita kes tu..Semua pun nak cerita kes Fahrin ni terpaksa saman Linda Onn tu sebab Linda Onn buat tuduhan dia kaki pukul apa semua..

Fakta pasal diri aku,aku tak suka pun ehh nak ambil tahu pasal gossip2 artis ni ke apa semua..sumpah aku tak pernah nak amek tw,kes artis tu kawin ke,cerai ke apa semua aku tak amek port..kadang2 ntah media ni macam takde point ke apa,cerita artis puasa penuh time bulan puasa pun nak cerita kat paper.apa ke jadahnya??ingat aku kisah??tapi yang peliknya tetap ada tu org yang kisah..haihh.

Ok,balik kepada topik aku nak cerita pasal Fahrin Ahmad ni..Sebelum ni aku tak amek kisah pun si Fahrin ni nak bercinta ngan sapa ke,kau nak gaduh pastu nak clash ke apa..sukati kau lahh kan..aku tak amek port langsung pun..tapi bila start aku ada baca2 kat paper apa semua pasal kes ni,pastuaku ada juga teman kawan aku usha kat youtube tengok Fahrin Ahmad nagis apa semua,aku dapat katakan,Fahrin tu bukan berlakon ke apa waktu sidang media tu..

Maybe dia seorang pelakon..maybe dia mampu melakonkan je lah seolah2 kau menangis macam sedih sangat apa semua..tapi aku berani ckp,dia memang tertekan dengan apa yang Linda Onn buat kat dia tu..aku pun lelaki,aku faham sangat perasaan Fahrin bila dia persoalkan kat org semua tentang apa perasaan dia apa semua..Memang sakit hati okey,bila org yang pernah kita rapat sangat,,seolah2 tu lah nyawa kita ke apa ntah,lepas tu bila dah tak sependapat,dah gaduh2 apa semua,lepas tu org yang pernah jadi someone kat kita tu buruk2kan kita apa semua..sangat kecewa okeyh.

Dan bagi pihak Linda Onn pula,aku takde lah nak cakap dia ni memang betul2 main tuduh 2 je ke apa segala tu kat Fahrin,tapi bila Linda kelihatan tenang je dengan perkara ni,seolah2 dia memang takde salah ke apa semua pun,seolah2 dia memang innocent sepenuhnya dengan menyerahkan segala2nya kat peguam dia..tu yang buat aku macam marah kat perempuan macam ni..Kau macam tak fikir pun kan lelaki tu rasa macamana?ingat senang2 ke org lelaki nak nangis2 ke apa mcm tu?

Aku tak menyokong Fahrin sebab dia tu pelakon ke,dia tu model ke apa ke,atau sebab dia menangis then aku tercair ke apa ke..tu craps okey!aku sokong dia sebab kalaulah cerita kau tu betul,aku sumpah memahaminya..sebab aku pernah rasa..bye.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*ni pertama kali aku sibuk tulis entry pasal artis..aku bukanlah jenis org yang sibuk nak amek tw hal tepi kain org eh..peace!
*owh,dan fakta tentang sendra:menyesal aku suka Linda Onn sebab dia sgt taste aku..dah lah tinggi..grrr..

Food : Sushi King tu halal ke weyh?

Aku sendra.aku punya addict dan suka yang amat kat makanan seafood..apa2 seafood pun aku akan sebat..makanan dari jepun,sushi pun aku suka lah juga,sebab ia memang sangatlah sedap.Tapi,kat Malaysia ni,mana nak dapat sushi sangat kan selain kat Sushi King..Baru2 ni aku macam ada ter addict sikitlah makan sushi ni..tapi,agak aku macam tersentap sikitlah,betul ke sushi king haram weyh?

Sebab,org pertikaikan,Sushi king ni takde pun dapat logo halal dari Jakim..sebab katanya kandungan sushi tu ada yang dicelup ke dalam alkohol bagi dia tahan lama sikit,dan memang betul jelas dan nyata,memang ada kat dalam menu sushi king ada serve beer pada customer..Alamak..ilmu aku tak tinggi sangat,tapi kalau dah kata ada beer,entah2 air apa2 yang dalam tin tu juga mesti dia letak sekali dgn beer tu kan?aku ingat ustaz aku ada cakap,kalau air halal sekali pun,kalau dah letak sekali dgn arak,air tu pun jadi haram..alamak..

Tapi makan sushi memang sangat sedap beb..aku tak tw lahh..maybe satu hari nanti aku akan belajar kat Jepun ke,so tekak aku dah adapt makanan jepun tu awal2 kot..haha..berangan..tapi balik kepada soalan tu,Sushi yang disediakan kat sushi king tu memang haram ehh??alamkk..aku dah telan berapa biji dah..aku suka sangat pulak tu..haihh..gimana ni dong??

Adalah juga aku buat research ahh kan bila tw pasal isu status halal Sushi king ni bila kawan aku,chot rajin2 buat research lagi awal dari aku kan(thanks chot)..aku dapat ah dari satu page ni,ada org tanya kat org marketing department sushi king pasal status halal dia lah..respek ahh kat org sushi king sebab dia kira cakap jujur je tw pasal dorang..ni antarat yang aku translatekan ahh ikut pemahaman aku kat jawapan dia..

Dia cakap lah kan,restaurant Sushi King memang bukan restoran halal sebab tak dapat certificate dari JAKIM,tapi dorang boleh cakap dorang kira pork free lahh..kira daging,ke ayam dia ke semua dapat certificate halal dah..dia juga cakap,dorang tak dapat certificate halal tu sebab ada menu dorang yang mengandungi 'mirin'..mirin tu ialah rice wine..owhh..betul lah maksudnya ada arak..aiyoo..sushi king memang haram lahhh..kena cari alternatif lainlah nak menikmati sushi yang enak tu...hurm...

Cheers,
Sendra
CEO kueh Tart.

*aku baru tw perihal status halal sushi king ni dah lama juga rupanya,tapi aku rasa takpelah kalau aku berkongsi dgn semua kan atas kesedaran aku akan status Sushi King ni kat semua..ingat,makanan tu jadi darah daging kita deyh!!

Humour : Apa definisi awek kat Malaysia ni?

Kalau kita keluar ke shopping complex ke,pergi jogging kat park mana2 ke,nampak perempuan comel2,kiut2 seksi2 apa semua,auiomatik kan akan macam cakap "weyh,awek weyhh.."..tapi,kalau tengok akak2 yang pakai purdah..ala2 heejab on the wayyy..takde pulak kan nak cakap2 awek2 ke apa ke..tw pula kan kau diam..

Tapi,dorang pun tetap perempuan kan??Umur dorang pun ntah2 lebih muda dari perempuan yang seksi2 apa semua tadi yang sibuk kita nak switt2 apa semua tu..lagi cun ntah2 mereka2 tu..Tapi kenapa takde pun nak terdetik kat hati nak cakap dorang tu awek??takde pulak kan kau nak menggatal2 menggedik2 kat depa?jadi menjadi persoalan pada aku,apakah definisi awek??

Ok,dalam situasi lain pula,kau jalan2 kat night market ke apa kan..then kau nampak minah2 endon ke,myammar ke apa yang pakai seksi bukan main nak tersembul segala yang boleh diterjojolkan..tapi muka depa macam mak cik gali parit ke apa ntah..muka ratah ikan masin setiap hari kott2..stok bibir kuat isap curut ntah2..ada ke kau nak panggil tu awek??

Ok,situasi lain lagi,kau jalan2 lagi,then kau terserempak sekumpulan "awek2" yang sumpah nampak hot,seksi terbaik lahh..tapi dah dekat2 ke contohnya,kau dapat detect mereka tu bukan makhluk tuhan paling seksi,tapi makhluk tuhan yang buat transformasi..kenapa kau tak nak cakap tu awek pulak??dorang tampak lagi hot apa..tw pulak kan kau geli ke apa ke dan yang sewaktu dengannya..

Jadi menjadi persoalan aku juga,apakah definisi awek??adakah perempuan yang tergedik2,muka cun dahi licin kentut jamin tak busuk tu sahaja yang boleh kau panggil awek??Adakah perempuan yang menutup aurat dengan penuh sopan,pakai jubah molek apa semua tu kau tak kategorikan sebagai awek??apakahh??kau bangga memperlekehkan mereka kan??

Kepada perempuan,adakah menjadi satu kebanggaan kau nak orang lelaki semua panggil kau awek?nak dapat gelaran awek kena tergedik-gedik,mesti kasi mantop kau punya body,kasi nampak semua baru dapat title awek??betul kahh??please dong..aku ngak tw..Adakah perempuan yang pakai heejab tutup aurat apa semua tu wajar kau kutuk?*itu sekadar gambar hiasan*

Apa aku nak sampaikan kat sini,menjadi persoalan kat aku,wahai sebahagian kaum perempuan,kau sangat bangga kan kau tergedik2 pastu org lelaki ke apa menggatal2 kat kau,tergila2kan kau,then bila kau terkena,kau kata kaum lelaki ni gatal,pervert,penipu apa segala..Padahal kau yang menarik lelaki tu semua kat kau..lagi,kenapa ada sebahagian dari kau, yang bangga,mentertawakan golongan yang menutup aurat apa semua tu??

Bila orang mempertikaikan tu,mulalah kau cakap ni diskriminasi,nanti kau buat statement org kata perempuan tak pakai tudung tu jahat semuanya lahh..pastu kau main cakap perempuan yang pakai tudung,bila dorang buat salah sikit je,kau akan cakap"harap je pakai tudung.perangai sama juga.."lepas tu benda tu jadi point kau tak nak pakai tudung,pastu kau cakap tunggu kau dapat hidayah lah baru nak pakai..pfftt

Aku tak faham semua tu..harap orang dapatlah menjawab persoalan aku ni..

*entry ni bukan bertujuan nak buruk2kan kaum perempuan ke apa..cuma aku tertanya2,dan adakah salah untuk aku bertanya?

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

Political/Social : Bangga kan minum kopi starbucks??kau tak bangga?

Siapa yang tak kenal starbucks??International beb!siapa tak kenal starbucks memang kau duduk hutan lahh..org kampung ke bandar ke semua kenal je apa itu starbucks..yaa..Starbucks ialah coffee hause bertaraf international tw!tak bangga kau lepak minum2 kat starbucks tu??Rasa macam kaya tw..selamba bayar mahal2,padahal kalau kat kedai biasa,harga kopi tak sampai pun RM2.00..kalau yang ada gingseng ke tongkat ali ke apa semua tu,tak sampai pun RM4.00..



Tapi apa kisah kann..dah kaya,minum pun kena lahh gaya orang kaya..mesti mahu yang international branded punya tempat lepak bhaii..Bukan main bangga lagi aku tengok budak2,yang acah2 konon anak loaded lah apa semua,ntah pada dorang lepak starbucks ni macam pengalaman seumur hidup sekali ke,siap amek gambar lagi..
konon buat gambar kenangan lahh,nak tunjuk kat semua orang dia pernah lepak minum2 kat starbucks..tak cukup dah snap pic apa semua,upload pulak kat myspace,facebook dan segala akaun social networking yang kau ada..nak tunjuk kat dunia yang kau dah lepak kat starbucks..

Haihh..bangga yang amat kan minum kopi starbucks tu..bagi yang banyak duit sangat tu,dah minum kat situ,siap beli lagi hahh souvenir kat sana tu seperti mug dia apa semua ntah mana aku tw..yang penting,aku dapat rasa fenomena org sekarang,bangga yang amatlah dorang bila menjadi penyokong starbucks ni..kalau ambik gambar tu,boleh2 muka nak close up sangat dah dengan cawan starbuck kau tu..bukan main sayang dan bangganya kan kau lepak minum kat starbucks.(tak nak letak gambar2 tu..ada je aku amek dari myspace facebook apa semua)

Ok,mehh kita belajar bahasa inggeris sikit ahh jom..mula2 kita ceraikan nama starbucks tu,sebab dia sebenarnya kan terdiri dari dua suku kata..lalu terbahagi lah kepada "star" dan "bucks"..kita mula dulu dengan perkataan Bucks ok..buck ni dalam english merujuk kepada duit,dalam kata lain dia macam penggunaan perkataan dollar secara tak formal lahh..ok,got the idea tak??bucks merujuk kepada duit.

Lepastu kita tengok word yang lagi satu star..owhh..star tanya budak sekolah rendah pun tw..star tu bintanglahh..semua budak pun tahu star tu maksudnya bintang..tapi tahukah korang apa jenis bintang yang dimaksudkan dari starbucks itu sendiri..adakah perkataan bintang ni dah rigid dan tetap merujuk kepada bintang yang ada 5 bucu tu??takkan??bintang boleh juga jadi 6 bucu kan??kalau biasalahh,kita berfikir pasal bintang 6 bucu,apa yang familiar dengannya??


Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Fikir-fikirkan lahh..semua tahu berfikir kan..
*Kredit untuk dokumentari "The Arrivals"..usha lah kat youtube. 




Political/Social : Owh Anak jati Johor.

Kalau kat sekolah dulu,time kecik2,kena paksa kat sekolah nyanyi lagu negeri johor,aduhaii..malas betul aku nak nyanyi..sebab lagu Johor ni agak penuh syahdu sikit..masa dulu,takde semangat anak Johor sangat..tapi bila dahh belajar jauh,dah keluar negeri..haa,mulalah teringat nak nyanyi lagu negeri sendiri..Time tu baru macam rasa,haihh,rindu pula nak nyanyi lagu negeri sendiri.

Ingat lagi masa first time aku keluar dari negeri Johor,time belajar kat perlis..bila tgok bendera biru kuning sana sini,tiba2 terindu bendera negeri johor..pastu,terpaksa jg hafal lagu negeri perlis..hahha..pengalaman baru tw..tapi tulahh..aku rasa bangga sbb jadi anak jati johor..pastu antara yg mmbangga kan aku jadi anak johor bila tgok persidangan agong ke apa2 lahh yg ada sultan2..sultan johor selaku simbol negeri johor satu2nya yg paling segak aku rasa.tak pakai tanjak2 ni..pakai topi kapten ntah apa nama tu..nmpak macam focalization dan unique sikit kan??sekarang tengku Yem pula dah jadi Sultan Johor.

Tapi ada org kata budak2 Johor suka membanggakan negeri dorang lagi2 kalau dah lepak sama dorang..betul ke camtu??okey,entry ni bukan nk cakap nk ajak semua bersifat asabiah ke,kenegerian ke,cuma nk cakap ,ingatlah.kita kat tempat org kena jaga tw nama negeri kita..jgn org tak suka dgn kita..biasa org kalau tak kenal lagi baru2,dia akan panggil kau apa kat kawan2 negeri dia??budak johor kann??haha..jelas kita bawa nama negeri kita..paling penting,kita jangan lahh sesekali mengutuk ataupun menghina2 org lain dengan negeri dia..nak jadi macam Hani Tarmizi ke??malu beb!!

Baru ni,Sultan Johor,Sultan Iskandar telah mangkat kembali ke rahmatullah..semoga rohnya dicucuri rahmat..jasa baginda tetap dikenang jua..
DYMM Sultan Iskandar
Al Fatihah.
 
  Sultan Johor dan Tengku Yem.
credit to alipic.

Siapa blogger anak jati johor angkat tangan!!!saya!saya!!apa2,kawan2 negeri lain,kita semua tetap kawan okey!!peace..
Okey,mulai 22hb ni,sendra akan berkabung selama 7 hari..baju hitam semua dah ready..kena simpan dulu baju2 kaler merah feveret..

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.