Showing posts with label isu halal. Show all posts
Showing posts with label isu halal. Show all posts

Health : Orang berlumba2 nak berhenti merokok,ada juga yang baru nak belajar merokok..pffft.

haa,tajuk dah menceritakan semua dah..sekarang ni macam 2 kempen dah kerajaan apa semua buat,nak suruh org berhenti merokok..untuk perokok tegar,aku fahamlahh,memang susah nak mati nak berhenti toba2..untuk yang tengah clean apa semua,yang kau baru2 nak belajar isap buat apa??takde faedahnya beb..sumpah takde kebaikan langsung..percayalah cakap aku ni..


Rokok pun sekarang dah ramai kata benda tu haram,sebab dia tak bawak kebaikan apa2,keburukan je beb..aku bukanlah bercakap seolah2 aku ni baik sangat ke apa...kadang2 aku masih ambik juga rokok tu..tapi sumpah aku cakap,setiap kali aku hisap,rasa bersalah je tw..bukan setakat rasa salah kat mak bapak ke ,kat org sekeliling ke apa..cuma rasa salah kat diri sendiri..semua buat aku rasa tak best.

Aku bertuah dapat parents yang baik sangat2..parents aku memang tak suka orang merokok..tapi aku sendiri merokok..parents aku tw aku merokok..tapi dorang tak pernah menengking2 aku ke apa sebab aku merokok.tapi setiap kali dorang cakap pasal keburukan merokok apa semua baik2..tu psycho ok..makin baik dorang nasihat aku..makinlah senang aku nak dengar cakap dorang..respek kat mak abah.

Jadi kepada kawan2 yang masih merokok di luar sana,jom lahh..kita berhenti je lahh..takde faedahnya langsung kan benda ni..slow2lahh..mesti boleh punya..aku bagi nasihat ni kat diri aku sendiri juga ah.kepada yang baru nak belajar isap rokok tu..aku berani cakap kau sangat bullshit ahh..aku ulang balik tajuk entry aku tu..Orang berlumba2 nak berhenti merokok,ada juga yang baru nak belajar merokok..pffft...itu bullshit.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Minta maaf guna bahasa sedikit kasar..tapi itu kenyataan ok..
credit to Syahrul Aiman.
*Shisha tu haram ke halal ehh??


Food : Sushi King tu halal ke weyh?

Aku sendra.aku punya addict dan suka yang amat kat makanan seafood..apa2 seafood pun aku akan sebat..makanan dari jepun,sushi pun aku suka lah juga,sebab ia memang sangatlah sedap.Tapi,kat Malaysia ni,mana nak dapat sushi sangat kan selain kat Sushi King..Baru2 ni aku macam ada ter addict sikitlah makan sushi ni..tapi,agak aku macam tersentap sikitlah,betul ke sushi king haram weyh?

Sebab,org pertikaikan,Sushi king ni takde pun dapat logo halal dari Jakim..sebab katanya kandungan sushi tu ada yang dicelup ke dalam alkohol bagi dia tahan lama sikit,dan memang betul jelas dan nyata,memang ada kat dalam menu sushi king ada serve beer pada customer..Alamak..ilmu aku tak tinggi sangat,tapi kalau dah kata ada beer,entah2 air apa2 yang dalam tin tu juga mesti dia letak sekali dgn beer tu kan?aku ingat ustaz aku ada cakap,kalau air halal sekali pun,kalau dah letak sekali dgn arak,air tu pun jadi haram..alamak..

Tapi makan sushi memang sangat sedap beb..aku tak tw lahh..maybe satu hari nanti aku akan belajar kat Jepun ke,so tekak aku dah adapt makanan jepun tu awal2 kot..haha..berangan..tapi balik kepada soalan tu,Sushi yang disediakan kat sushi king tu memang haram ehh??alamkk..aku dah telan berapa biji dah..aku suka sangat pulak tu..haihh..gimana ni dong??

Adalah juga aku buat research ahh kan bila tw pasal isu status halal Sushi king ni bila kawan aku,chot rajin2 buat research lagi awal dari aku kan(thanks chot)..aku dapat ah dari satu page ni,ada org tanya kat org marketing department sushi king pasal status halal dia lah..respek ahh kat org sushi king sebab dia kira cakap jujur je tw pasal dorang..ni antarat yang aku translatekan ahh ikut pemahaman aku kat jawapan dia..

Dia cakap lah kan,restaurant Sushi King memang bukan restoran halal sebab tak dapat certificate dari JAKIM,tapi dorang boleh cakap dorang kira pork free lahh..kira daging,ke ayam dia ke semua dapat certificate halal dah..dia juga cakap,dorang tak dapat certificate halal tu sebab ada menu dorang yang mengandungi 'mirin'..mirin tu ialah rice wine..owhh..betul lah maksudnya ada arak..aiyoo..sushi king memang haram lahhh..kena cari alternatif lainlah nak menikmati sushi yang enak tu...hurm...

Cheers,
Sendra
CEO kueh Tart.

*aku baru tw perihal status halal sushi king ni dah lama juga rupanya,tapi aku rasa takpelah kalau aku berkongsi dgn semua kan atas kesedaran aku akan status Sushi King ni kat semua..ingat,makanan tu jadi darah daging kita deyh!!

Humour : Apa definisi awek kat Malaysia ni?

Kalau kita keluar ke shopping complex ke,pergi jogging kat park mana2 ke,nampak perempuan comel2,kiut2 seksi2 apa semua,auiomatik kan akan macam cakap "weyh,awek weyhh.."..tapi,kalau tengok akak2 yang pakai purdah..ala2 heejab on the wayyy..takde pulak kan nak cakap2 awek2 ke apa ke..tw pula kan kau diam..

Tapi,dorang pun tetap perempuan kan??Umur dorang pun ntah2 lebih muda dari perempuan yang seksi2 apa semua tadi yang sibuk kita nak switt2 apa semua tu..lagi cun ntah2 mereka2 tu..Tapi kenapa takde pun nak terdetik kat hati nak cakap dorang tu awek??takde pulak kan kau nak menggatal2 menggedik2 kat depa?jadi menjadi persoalan pada aku,apakah definisi awek??

Ok,dalam situasi lain pula,kau jalan2 kat night market ke apa kan..then kau nampak minah2 endon ke,myammar ke apa yang pakai seksi bukan main nak tersembul segala yang boleh diterjojolkan..tapi muka depa macam mak cik gali parit ke apa ntah..muka ratah ikan masin setiap hari kott2..stok bibir kuat isap curut ntah2..ada ke kau nak panggil tu awek??

Ok,situasi lain lagi,kau jalan2 lagi,then kau terserempak sekumpulan "awek2" yang sumpah nampak hot,seksi terbaik lahh..tapi dah dekat2 ke contohnya,kau dapat detect mereka tu bukan makhluk tuhan paling seksi,tapi makhluk tuhan yang buat transformasi..kenapa kau tak nak cakap tu awek pulak??dorang tampak lagi hot apa..tw pulak kan kau geli ke apa ke dan yang sewaktu dengannya..

Jadi menjadi persoalan aku juga,apakah definisi awek??adakah perempuan yang tergedik2,muka cun dahi licin kentut jamin tak busuk tu sahaja yang boleh kau panggil awek??Adakah perempuan yang menutup aurat dengan penuh sopan,pakai jubah molek apa semua tu kau tak kategorikan sebagai awek??apakahh??kau bangga memperlekehkan mereka kan??

Kepada perempuan,adakah menjadi satu kebanggaan kau nak orang lelaki semua panggil kau awek?nak dapat gelaran awek kena tergedik-gedik,mesti kasi mantop kau punya body,kasi nampak semua baru dapat title awek??betul kahh??please dong..aku ngak tw..Adakah perempuan yang pakai heejab tutup aurat apa semua tu wajar kau kutuk?*itu sekadar gambar hiasan*

Apa aku nak sampaikan kat sini,menjadi persoalan kat aku,wahai sebahagian kaum perempuan,kau sangat bangga kan kau tergedik2 pastu org lelaki ke apa menggatal2 kat kau,tergila2kan kau,then bila kau terkena,kau kata kaum lelaki ni gatal,pervert,penipu apa segala..Padahal kau yang menarik lelaki tu semua kat kau..lagi,kenapa ada sebahagian dari kau, yang bangga,mentertawakan golongan yang menutup aurat apa semua tu??

Bila orang mempertikaikan tu,mulalah kau cakap ni diskriminasi,nanti kau buat statement org kata perempuan tak pakai tudung tu jahat semuanya lahh..pastu kau main cakap perempuan yang pakai tudung,bila dorang buat salah sikit je,kau akan cakap"harap je pakai tudung.perangai sama juga.."lepas tu benda tu jadi point kau tak nak pakai tudung,pastu kau cakap tunggu kau dapat hidayah lah baru nak pakai..pfftt

Aku tak faham semua tu..harap orang dapatlah menjawab persoalan aku ni..

*entry ni bukan bertujuan nak buruk2kan kaum perempuan ke apa..cuma aku tertanya2,dan adakah salah untuk aku bertanya?

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

Political/Social : Bangga kan minum kopi starbucks??kau tak bangga?

Siapa yang tak kenal starbucks??International beb!siapa tak kenal starbucks memang kau duduk hutan lahh..org kampung ke bandar ke semua kenal je apa itu starbucks..yaa..Starbucks ialah coffee hause bertaraf international tw!tak bangga kau lepak minum2 kat starbucks tu??Rasa macam kaya tw..selamba bayar mahal2,padahal kalau kat kedai biasa,harga kopi tak sampai pun RM2.00..kalau yang ada gingseng ke tongkat ali ke apa semua tu,tak sampai pun RM4.00..



Tapi apa kisah kann..dah kaya,minum pun kena lahh gaya orang kaya..mesti mahu yang international branded punya tempat lepak bhaii..Bukan main bangga lagi aku tengok budak2,yang acah2 konon anak loaded lah apa semua,ntah pada dorang lepak starbucks ni macam pengalaman seumur hidup sekali ke,siap amek gambar lagi..
konon buat gambar kenangan lahh,nak tunjuk kat semua orang dia pernah lepak minum2 kat starbucks..tak cukup dah snap pic apa semua,upload pulak kat myspace,facebook dan segala akaun social networking yang kau ada..nak tunjuk kat dunia yang kau dah lepak kat starbucks..

Haihh..bangga yang amat kan minum kopi starbucks tu..bagi yang banyak duit sangat tu,dah minum kat situ,siap beli lagi hahh souvenir kat sana tu seperti mug dia apa semua ntah mana aku tw..yang penting,aku dapat rasa fenomena org sekarang,bangga yang amatlah dorang bila menjadi penyokong starbucks ni..kalau ambik gambar tu,boleh2 muka nak close up sangat dah dengan cawan starbuck kau tu..bukan main sayang dan bangganya kan kau lepak minum kat starbucks.(tak nak letak gambar2 tu..ada je aku amek dari myspace facebook apa semua)

Ok,mehh kita belajar bahasa inggeris sikit ahh jom..mula2 kita ceraikan nama starbucks tu,sebab dia sebenarnya kan terdiri dari dua suku kata..lalu terbahagi lah kepada "star" dan "bucks"..kita mula dulu dengan perkataan Bucks ok..buck ni dalam english merujuk kepada duit,dalam kata lain dia macam penggunaan perkataan dollar secara tak formal lahh..ok,got the idea tak??bucks merujuk kepada duit.

Lepastu kita tengok word yang lagi satu star..owhh..star tanya budak sekolah rendah pun tw..star tu bintanglahh..semua budak pun tahu star tu maksudnya bintang..tapi tahukah korang apa jenis bintang yang dimaksudkan dari starbucks itu sendiri..adakah perkataan bintang ni dah rigid dan tetap merujuk kepada bintang yang ada 5 bucu tu??takkan??bintang boleh juga jadi 6 bucu kan??kalau biasalahh,kita berfikir pasal bintang 6 bucu,apa yang familiar dengannya??


Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Fikir-fikirkan lahh..semua tahu berfikir kan..
*Kredit untuk dokumentari "The Arrivals"..usha lah kat youtube. 




Personal : Owh indahnya menjadi perokok.

Rasa macam kacak je kan isap rokok..rasa macam cool je..rasa nmpak stylo je aku light rokok dengan perfect pastu hembus asap ke atas dengan megahnya..Lepas tu orang lalu lalang depan aku,aku pun tunjuk style aku merokok..buat circle "O" apa semua..rasa macam hebat kan??pastu tengok loser yang baru belajar isap rokok terbatuk2 sampai termuntah apa semua..rasa mcm otai rokok je..
 
Pergi kedai2 pun rasa hebat je,pergi kaunter,dengan lancar dan yakinnya cakap kat cashier,"camel 14 satuu!!"..rasa kaya je beli rokok tu..macam selamba je bakar duit free je..rasa macam kuat mentality je tengok amaran kementerian kesihatan walau dah letak gambar2 jijik tu apa semua..well,aku tenang je tengok gambar kaki itam ke,kau letak gambar bibir macam pizza tu ke..tekak berlubang ada cherry sebiji tu ke..ingat aku geli??

Pastu,kat kedai makan,aku dah kenyang apa semua,tak fikir dah aku orang lain tengah makan ke,tengah nikmati makanan ke,pastu aku light rokok aku,isap je seolah2 kedai tu aku punya..ehh,apesal tak boleh??kan ,mapley tu dah sediakan ash tray apa semua??memang untuk merokok lah kan kat situ??ada masalah dengan aku?pergi makan jauh2 sana.. nikmat dohh isap rokok lepas makan..


Duhh,bullshit ahh semua di atas tu..apa ni..sepanjang aku taip atas tu rasa annoying je aku kat perokok.ok,meh aku cerita pasal aku sendiri..ya,meh aku bgtw semua,sendra memang seorang perokok ok..ya,aku memang perokok..dan korang ingat aku suka ke status aku sebagai smoker ni..?jauh disudut hati aku memang aku nak weyh quit je..aku bukan suka pun nak merokok2 ni??mana2 pergi pun memang org tak suka lahh org merokok ni..aku tw lahh tu..





Aku memang nak berhenti.aku tw ni semua mentality sendiri..kata org kalau nk berhenti tak susah lahh,makan gula2 banyak2lahh..apa2 lahh..cakap senang je weyh..tapi ntah,rasa macam tak kena je klu tak merokok..rasa kosong je..menyesal aku belajar2 merokok ni tw dulu..kalaulah aku tak pernah start..ntah,rasa macam kurang je kalau lepak dengan kawan2,semua berasap,sorang2 tak berasap dah rasa pelik dah.haihh..kalau orang tanya,apa best nya merokok ni,aku boleh huraikan merokok ni macam panadol.

kenapa panadol?kalau kecik2 dulu,kau sakit,sebelum kau tw apa tu panadol,ada ke kau cari benda tu time kau demam??ada ke kau tw benda tu boleh buat kau baik atau at least demam kau kurang??tapi,lepas kau kenal panadol tu,kau makn je terus rsa elok sikit kan??pastu bila kau sakit sikit,pening sikit terus cari panadol kan??camtu juga rokok..kalau kau hisap rokok,benda tu ada buat kau macam hayal sikit..macam best je rasa..pastu bila diri rasa tak best,benda tu lah yg kita cari..haah,ada kau faham?



Tapiiii..benda tu aku sendiri akui tak bagus..benda tu memang bawak penyakit,aku sedar tu,tapi aku nak berhenti,sangat susah lahh..Tapi sungguh2 aku nak berhenti..ni semua sebab kesedaran yg aku rasa,bila aku tw ada yang mengatakan hukum isap rokok haram lahh,mak bapak aku sendiri benci perokok..

Lagi kerajaan sekarang dah main kasar juga,naik harga rokok mahal gila..mampus kering lah duit MARA aku camni abes kat menda yg takde faedah tu..aku harap sangat sokongan dari semua..help me..aku nak blah weyh dari clan perokok ni.aku rasa kan lebih cool kalau bila orang hulur rokok kat aku,aku boleh dengan cool je jawab,"no thanks,aku tak merokok"..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.