Showing posts with label tips blogging. Show all posts
Showing posts with label tips blogging. Show all posts

Contest : spectacular specky.

Konsep ber blog ni rasanya kalau semua orang buat,mesti boleh punya korang merasa happy berblogging..apa dia perkara tu?Give and take..apa itu give and take?dia lebih kepada macam orang kata kita memberi orang merasa lahh..


Generosity and stewardship lahh yang membantu kita berinteraksi dengan baik dengan semua blogger yang lain..Jangan mengharap orang sahaja yang memberi pada kita,kita dulu lah yang kena memberi pada orang sebelum orang lain memberi pada kita..percayalahh..


Okey cukup mukadimmah entry ini..baru2 ni,Cik Paro (amboi nama,kenapa Paro?) ada buat contest..contest apa?alaa,dia macam contest bergambar as usual lah,tapi yang ini dia macam nak peserta letak gambar dia memakai kaca mata lah..ni bannernya..


Okey,aku pun dah lama tak join contest..since contest ni mudah,aku pun rasa tak rugi apa2 mencuba..jadi nahh,aku join..banyak sebenarnya gambar aku pakai speck ni..tapi sebab dia kata "hadiah akan diberikan kepada 3 pemenang yang berjaya mencuit hati pengadil."..okey aku pilih gambar ini;
Aku tak tahulah..nak letak gambar lucu macamana..letak je lah ni.

Nak join juga,nak info lebih lanjut pergi lah ke blog Cik Paro tu sendiri..syarat2 apa semua ada dia letak kat dalam tu..ikut je lahh..happy blogging..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*pasal muqadimah atas tu,aku nak cakap kalau aku buat contest nanti,siapa tak join aku sunat sekor2..padan muka..keh3.
*gambar tu,aku nak jadi macam MJ..tu je..

Blogosphere : Sebab apa visitor bertukar jadi silent reader?


Semua orang yang tulis blog,ada ke dia nak orang jangan baca blog dia?Semua nak kan org datang blog dia,baca entry dia..paling penting,aku yakin semua orang pun nak orang komen entry dia kan?Siapa yang tulis blog tapi tak suka orang komen entry dia?ada ke?pelik je camtu..

Definisi silent reader yang aku faham ialah,pembaca yang datang ke blog kau,mereka membaca apa yang kau tulis,mereka faham apa yang kau tulis,tapi mereka tidak meninggalkan sebarang pendapat atau komen mereka terhadap apa yag kau cakapkan dalam satu2 entry.

Tapi,kenapa kadang2,kalau kita dah tulis satu entry tu,rasa dah paling mantaplah apa yang kita cerita tu,tapi takde orang pun nak komen?kenapa jadi macam tu?apa silap?lepas tu,bila takde org nak komen,mulalah kau nak tacing lah,stress lah malas apa semua nak tulis entry kat blog sendiri..(macam cakap depan cermin..)

Jadi,semalam,genap setahun Kueh Tart aku ni,walaupun masih lagi tak naik2 macam blogger lain,still beginner,tapi baru2 je semangat sangat nak explore dalam hal blogger ni,aku dapat buat satu kesimpulan peribadi aku kenapa visitors bertukar menjadi silent readers.Ni berdasarkan pendapat aku tw,salah bagitahu.Aku akan listkan dalam bentuk persoalan juga..korang jawab sendiri tw.


  1. Kadang2,ramai blogger ni,dia menulis kat blog nak menunjukkan mood dia dan apa yang dia nak luahkan,semua ikut dia punya mood.Kalaulah sebelum2 ni,entry kau semua macam happy go lucky,tiba2 kau berubah kepada melancholy,readers akan agak terkedu atau tersentap kadang2.kau boleh nampak dekat statistic,visitors maintain macam biasa,tapi kenapa tiada sebarang komen kau dapat?
  2. Jadi blogger,kita kena tahu dan sedar siapa kita ni?kalau kita bukan artis,kita bukan selebriti,kita bukan seorang yang popular ke,janganlah selalu syok sendiri nak cerita pasal life peribadi kau..maksud aku peribadi tu,tak perlu kau nak cerita apa kau buat segala yang macam lah ada org stalk kau 24/7..Aku tw point ni mesti akan ada yang cakap,"blog aku,suka hati aku lah nak cerita apa"..tapi kau kena ingat,yang bacanya siapa?
  3. Kau tak mesra readers.Aku sedar kepentingan mesra readers ni sejak aku rajin buat blogwalking lah..aku suka blogwalking dan komen entry2 yang menarik..kadang2 aku datang balik blog tu,nampak owner tu komen balik apa yang aku cakap tu,terasa dihargai kan?aku sendiri tergerak nak komen lagi entry dia akan datang..tapi kalau sesetengah tu,aku komen punya lah panjang berjela,haram dia tak jawab,padahal dah approve komen aku dgn komentar lain..humph..lepas ni aku nak komen entry kau lagi ke?
  4. Kadang2,kita bila tulis entry ni,mulut tak bertapis,bila kita cakap tentang sesuatu,kita tak fikir apa hati pembaca rasa apa semua..cakap main lepas je..kau terasa kau hebat kat blog kau,follower kau dah nak ribu2,kau rasa hebat,apa kau tak puas hati kau pangkah tanpa fikir apa org rasa.Kau ingat orang akan bela dan sokong setiap apa yang kau tak puas hati?
  5. Cerita yang terlalu mendalam dan terlalu kompleks..bila kau berani mempersoalkan perkara yang terlalu kompleks,contoh soal politik,persoalan isu semasa sensitif,kau kena bersedia dah untuk mendapat silent reader..adakah semua orang berani nak luahkan pendapat mereka?
Apa yang aku simpulkan dia atas adalah berdasarkan apa yang aku dapat baca dari macam2 jenis blogger kat GB,tu pun tak semua lagilah..kiranya skop kesimpulan aku ni kecil je lahh..aku minta maaf kalau ada tersilap,tu cuma pendapatasi aku je.


Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*makin pening juga aku nak tunggu aku punya layout ni..nampak terserlah tu bosannya page aku hitam dan under construction ni..hehh.

Blogosphere : Sebab2 kenapa orang tak ingin nak baca entry@blog kau.

Ok,now sendra back in track..entry ni utk orang yg berminat mengetahui kesilapan lazim dalam menulis blog berdasarkan pandangan aku.Sebelum aku start,aku yakin semua org yg tulis blog adalah atas kehendak diri dia sendiri.Sebab apa org sibuk tulis blog?mestilah sebab dia mahu org tahu dan membaca apa yg hendak diluahkan dan dikongsi kan?Tapi kalau takde orang nk baca apa guna kan??Ok,dengan berbekalkan iltizam dan semangat ingin mengkaji perihal kenapa kadang2 takde orang nk baca entry kita,aku dah buat beberapa eksperimen.
 
Meh aku bgtw report dari kajian aku selama seminggu setelah membuat beberapa banyak blogwalking termampu dan eksperimen terhadap blog sendiri dengan meng"repost" entry2 terdahulu..Bukan aku sengaja eh buat re"post entry yg murahan aku kira dari blog aku sendiri(seolah2 menggadaikan blog aku sendiri tw repost benda2 craps tu semua).Aku yakin,kepada blogger yang rajin buat blogwalking,sebenarnya dorang dah lama mention perkara2 ni.benda remeh,tapi mungkin tak semua orang perasan.

Ok,entry kali ni aku akan buat mengikut penyelesaian permasalahan entry2 sebelum ini yang aku perasan dan sedar.here we go aku punya report:

  1. Tajuk entry yang sumpah tak menarik.Ok,selalu kalau kita bukak dashboard,apa yang kita tengok?mestilah kita nk tgok2 kan entry baru blog kawan2 yg kita follow.then benda yg kita tgok apa?tajuk kan??haa,tajuk entry main peranan penting tw utk menarik minat pembaca nk usha blog kita.bayangkan lah eh cth terkini,baru2 ni Aizat juara AJL..aku rasa kalau kau tulis tajuk mcm "Aizat juara menang 2 anugerah AJL"..haha..baca camtu je pun dah bosan rasanya.tapi cuba kau tulis "Aizat AF5  buka baju"..hhahaa..nampak beza sikit kot
  2. Pendahuluan merapu:hah,rimas seyh orang punya blog pendahuluan bukan main panjang lagi dia nk cerita perihal dia punya perjalanan nk tulis entry.cth:aku tulis entry ni pagi2 pukul 3AM,sejuk gila pagi ni,aku tak boleh tido,jadi aku buat entry bla3.."cukup 2 perenggan masih nk cerita perihal dia punya perjalanan tulis entry tu.Kalau kat dashboard tu,dah lah tajuk tak meletup,awal pendahuluan pun mcm takde kena mengena dengan tajuk,kirim salam lah org nk baca blog kau.
  3. Isi takde kena mengena dengan tajuk.Ni lagi lahh,klu kadang2 tu,aku tabahkn juga nk baca entry org,sebab dh takde entry baru nk baca.sekali bila baca,ntah apa2 je cerita dia merapu,takde kena mengena dgn tajuk.adoii..wajiblah pasni malas dah nk baca entry kau.haha
  4. Entry pasal hidup kau yang takde pengajaran ataupun makna pada org lain(yg sumpah takde org nk tw).hoho..ni lagi satu hal.memang betul kau tulis blog tu,blog tu kau punya.kalau kau tulis tu memang nk buat blog tu kau punya diary,sukahati lah.kadang2 menarik juga baca hal hidup org.tapi kadang2 klu yg tulis kosong2,cuma nk cakap kau dah kurus,rambut kau dah panjang,kau gaduh dgn awek..adoii..Tapi berbeza kadang2 bila org bercerita pasal hidup dia,tapi ada makna ataupun pengajaran dari hidup kau.contoh kau cerita kau pergi shopping beli baju ni,then kau cerita kuality baju tu teruk ke apa,pastu kau ckp dgn org jgn beli baju tu..hahh.tu ok kott.takpun kau cerita pengalaman kau yg org lain mungkin teringin nk ada pengalaman tu ke,cth kau jalan2 pergi jepun ke apa.best juga tu.takpun pengajaran yg kau dapat dari pengalan hidup,pastu nk kongsi kat semua.its fine.Takpun ia sangat lawak.itu best.
  5. Entry kau mencarut@mengamuk tak tentu pasal.Kadang,memang orang tulis blog utk luahkan perasaan dia,tak dapat nk marah orang,tapi kau luahkan kat blog kau.tu hak kau,tapi klu dah dari awal entry sampai abes kau nk mencarut serta menggunakan kata2 kesat,orang yg tak pandai mencarut pun tiba2 terlucah2 sebab baca entry kau.benci doh ngan entry kau dgn blog kau.
  6. Entry yang kau sorang faham.ni pun lebih kurang sama dengan yg kat atas,tapi kalau atas,org faham kau tu marah ke apa..tapi entry jenis ni yang ntah apa kau cerita isi hati kau sorang,dari awal sampai habis tak faham apa kau merapu.pasni memang tak ingin lah orang singgah lagi weyh.
  7. Entry kau lain dengan personality sebenar kau.Ni dituju khas klu pembaca tu kenal diri kau dan tahu kewujudan blog kau.kadang2 ada jenis orang ni aku perasan,dalam blog cerita bukan main meletup pop pop pop lagi..tapi kat depan..eh eh..betul ke kau owner blog tu?its better kalau kau tulis blog kau tu,biar dgn cara kau sendiri.kadang2 tak suka juga org yg kat dalam blog bukan main suci lagi lah kau,tapi sebenarnya,kat luar?haihh.biarlah blog kau tu mencerminkan personality kau sendiri.
  8. Perihal gambar.sedar tak sedar,sebenarnya gambar main peranan penting tw.dah jadi lumrah manusia,orang akan klik utk baca entry kau,klu gambar yg ditunjukkan tu menarik,ataupun menimbulkan tanda tanya pada membaca,ataupun ia jelas menceritakan pasal entry kau tu.Tapi,klu gambar yg kau letak tu ntah apa2..faham2 sendirilah..huraian lebih kurang sama dgn atas.Tapi kadang,takde gambar pun jadi hal juga..buka2 blog kau dah tengok text sepenuhnya..aiyaa.
  9. Blog lambat loading aka berat.hahh,ni fakta..kau akan kehilangan hampir 1/3 pembaca bila blog kau lambat loading..memang susah nk cari org yg penyabar nk tunggu loading lama2 melainkan kau ada pembaca setia yg sanggup tunggu blog tua lembab kau tu nk loading,tapi klu yg jenis tak sabar?babai ah blog kau.
  10. Lagu latar.Oihh,tak payahlahh letak lagu2 latar tu..sakit kepala je kadang2..paling padah,kalau buat org terkejut bila buka blog kau.bayangkan tengah sunyi2 malam2 layan perasaan sorang2,buat blogwalking,time masuk blog kau,tiba2 ada lagu tanpa bg signal apa main terjah.pulak tu kalau tgh pasang high volume.taknak mute,terus pangkah lah blog kau tu.tsk..
  11. Pop out message yang sumpah menyemak.kan kadang2 orang letak blog dia ada letak pop out mssge mcm ucap selamat datang kat blog dia..kalau satu,aku sabar lagi.tapi kalau dah nk dekat 4 5 pulak message keluar,ok babai utk kau punya blog.
  12. Content warning palsu.aku pernah cakap dulu rasanya perihal content warning ni..tapi ntah,masing2 ada sebab sendiri kenapa letak menda tu kan.cth nk privacy ke apa.tapi sedar tak kadang2 benda tu mcm susahkan org je tw nk masuk blog kau.bayangkan klu org yg ada kelajuan internet umpama siput,pastu nk tunggu loading dari dashboard,ada content warning.pastu dah klik ok,pastu tunggu pula nk loading blog kau..haihh..penat tw..pastu masuk blog kau,takde langsung pun adult content..hampa pffft..
  13. Word verification tu tak payahlah..aku rasa semua orang pun mengharapkan komen sebagai feedback dari orang kan?aku nk cakap baik tak payahlahh letak word verification tu..benda tu menyemak je.memang dia nk elak spam,tapi benda tu lecehlah.seolah2 mcm pengkomen tu buta huruf je.niat baik nk komen blog kau dah jadi malas dahh..
perghh,aku tulis entry ni seolah2 aku ni blogger ternama mahupun blogger otai yg dah established nama katr dalam dunia blogger je..takk..aku takde niat pun nk cakap camtu..kan aku dah mention awal2,aku buat entry ni berdasarkan kajian dan eksperimen ke atas blog aku..setelah buat kajian tu..inilah outcome yg aku dapt dan yakin kekilafan terhadap entry2 aku sebelum ni..time aku noob lagi dalam tulis2 blog ni.aku sumpah weyh minta maaf kalau ada yg terasa..taknak gaduh2 ehh..(aku mcm tulis sama je silap.)..owh,ada certain point di atas telah di mention kan oleh misya gadis terbilang.credit utk si tudung anggun ni..heheh
hahahaha..cuba usha blog misya gadis tebilang tu,last entry dia dia letak gambar peace..aku pun nk letak juga..tapi biar aku letak gmbar peace aku yg geli ni..ahahahaahahahahh..bukan aku kisah org nk ckp apa pun..hehh.p/s:gambar tu aku nganjeng orang sebenarnya ehh..hhaha,,aku tak macam tu pun sebenarnya.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

lepak kampung rumah atok.
atok dulu kerja gomen.
saya budak baru blaja tulis blog,
kalau salah atau setuju harap comment.

*haha,apa2 ntahh.The end.

Blogosphere : Kenapa aku suka sangat kat blogger?

Omaigot...omaigot..sejak aku tulis blog dari dulu,aku selalu rasa blog aku ni macam takde orang baca.macam takde orang perasan pn blog aku ni..macam aku syok sorang2 je tulis blog..ceh,padahal sampai sekarang pun aku syok sendiri je tulis blog..tapi aku tetap gigih je nk tulis blog sebab aku suka..aku suka tulis blog.

Dalam byk2 social networking macam facebook,myspace,friendster apa semua..kenapa aku lagi pandang pada blog based networking ni seperti blogger,tumbler wordpress etc??semua membawa kesan dan faedah yg sama iaitu bersocial melalui networking,tapi kenapa aku kata jenis2 blog ni yg lebih cool berbanding yg lain??

Ok here we go aku punya reason..
  1. Orang yg menulis blog ni,dia tulus dari hati dia..sebab apa?sebab setiap apa yg dia cerita adalah apa yg diluah ataupun yg dia rasakan..klu yg lain,kemungkinan sedikit lencongan dalam penampilan tak kira pada gambar mahupun cerita pada profile nya..(aku tak kata semua,segelintir je)
  2. Social networking yg lain mungkin kebaikannya ia lebih menjurus pada perhubungan dua hala,juz mcm txting ataupun chating mcm biasa melalui comment2 pada gambar apa semua,tapi kelebihan pada blog,ia lebih dan ia lebih original..melalui penceritaan dan pendapat penulis tu sendiri.
  3. Kau akan kenal penulis blog tu lebih mendalam sebab setiap apa yg dia tulis tu mcm aku ckp,memang dari dia sendiri..(kepada penggiat plagiat2@plagiarism,kau tak termasuk..kau pergi jauh2)
  4. Orang yg mengeluarkan pendapat sekurang2 kurangnya klu dia pakai blog,sikit sbanya dia belajar tw mcm mana nk jadi diri sendiri,dan bukan plastik semata2..
  5. Bila penulis2 blog berkongsi pendapat,pendapat tu tak kira dari perkara besar haingga ke perkara remeh seremeh2nya,at least mereka kenal melalui hati budi masing2,bukan pada luaran atau pun rupa.(yelah,mcm yg lain kadang2,tgok gambar ppuan cantik je@lelaki hensem,terus nk add,klu yg buruk,delete terus..haiyaa.)
  6. Bila tulis blog,byk ilmu dapat,tak kira dari segi penggunaan bahasa2 coding HTML apa semua tu,C++ lah apa semua tetiba je terasa nk belajar..lepas tu,tiba2 je ada rasa nk mengikuti perkembangan semasa sebab nk buat entry..haha,apa yg aku nk kata,org tulis blog ni dia mcm buka minda sikit lah..(sumpah tak kata ehh yg lain tu tutup minda)
So,apa aku nk cakap kat sini,aku selute kat blogger2 sebab nmpak tw,seorang yg tulis blog ni,dia berani meluahkan pendapat pada umum,dan pembaca blog biasanya org yg berminat dan nk tahu apa yg diceritakan oleh penulis blog tu..dari situ,dah nmpak pembaca semua seolah2 mendengar apa yg penulis tu katakan..walaupun benda tu seremeh2 alam.walaupun tentang kehidupan harian yg sebenarnya takde org nk kisah..hahah..

Owh,dan baru2 ni,aku terperasan dan terasa sangatlah sumpah dihargai oleh seorang kawan blogger aku,dari shyfuri's blog..dia buatkan banner utk aku weyh!!ya allah..sangat terharu aku..aku rupa2nya dia dah buatkan aku banner tu dah berapa hari lepas dah..ni semua sebab aku depressed tak tentu pasal lah,aku tak perasan pun dia ada ckp dia buatkan aku banner kat shoutbox aku..

Dan baru2 ni,aku perasan dia buat banner utk aku,terkejut aku weyh..Bro,aku ni biasa2 je dalam tulis blog,dan aku masih byk lagi nk kena belajar..tapi sebab apa yg kau buat,aku terasa sgt dihargai..tak pernah aku terfikir akan ada org buatkan banner utk aku..OMG..aku nk abadikan screen shot entry dia yg dia buatkan banner utk aku kat entry ni..takkan aku lupakan lahh.

 mehh,aku tumbesaran kan lagi penghargaan ni yg buat aku terharu juga ni..

Hahaha,siap letak gambar bruce lee lagi..ya,kawan aku ni dia dah berumah tangga dan mempunyai seorang anak gadis yg comel bernama Qistina..(nama perempuan paling aku feveret sekali Qistina lahh)..hhaha,jgn ingat seorang bapa tidak lagi cool yaa..blog dia cool boleh tahan sebab apa?ni pergi blog dia..klik.

sebab ia berkenaan trend hobi bukan calang2 orang yg ada tw..nak cari preview game yg agak complete sebab dia dah main,nak cari info pasal model gundam?haa..ni dia..dengan menggunakan nickname uncle..(walaupun dia geli ketiak bila aku panggil dia uncle,apa aku kisah)..hah,apa point aku kat sini,aku tak pernah sangka akan ada org buatkan banner utk blog aku tw.terharuew.padahal blog aku murah je bro..haha

Sebenarnya,bro ni takde pun nk minta balasan dari aku ke apa untuk promote blog dia ke apa ke,tapi aku terasa mcm ralat lah klu aku tak ucap terima kasih kat dia..well,pertama kali seumur hidup aku ada org mcm hargai blog aku,aku harap dia memang meant it lahh ehh..hahha..so aku terasa nk buat cam dia juga lahh..aku pun nk wat banner utk dia juga..here we go,banner tak seberapa buat pakai paint je..hahha..




mungkin banner tu tak lah seberapa sangat,tapi tu ikhlas dari hati aku..thanks bro.aku terharu dowh.

(minta maaf klu ada pasal blogger yg aku silap tulis..tu pendapat aku je..klu salah bgtw lah ehh..)