Showing posts with label influenza sendra. Show all posts
Showing posts with label influenza sendra. Show all posts

Political/Social : Memberikan janji memang mudah,tapi mengotakannya?

Dalam kehidupan harian,kita boleh baik dengan sesiapapun dengan apa cara sekali pun..kita boleh menjadikan sesiapa pun orang penting dalam kehidupan kita..


Aku simpulkan ia boleh terjadi atas banyak sangat faktor,antaranya ialah mengenai janji..Kenapa janji?Okey,kita perhatikan eh.banyak perkara yang mencetuskan persefahaman biasanya melalui deklarasi..even orang kawin,yang akad nikah tu pun boleh dikira macam declare kan?

Persoalan aku nak timbulkan disini,kenapa manusia senang taburkan janji,tapi bukan main susah nak mengotakan kata2..Aku takkata semua,just aku tujukan persoalan ni pada subjek (baca : orang) yang masa nak berjanji bukan main mudah,nak kotakan nya,mak aii..susah banget kan?

Sebenarnya aku tujukan semua ni lebih pada diri aku sendiri.sebab aku sedar,kadang2 diri aku ni sendiri,umpama orang boleh kata,jenis "cakap tak serupa bikin"..Aku sedar kelemahan aku tu..setelah belajar dari banyak kesilapan aku tentang perkara tu,aku nak listkan tentang memberi janji.
  1. Baik sebelum kita berhasrat nak buat sesuatu,jangan ceritakan langsung dengan sesiapa..contoh:"aku rasa,aku nak belikan kau something"..babe..tak semua orang akan ingat atau notice pada perkataan 'aku rasa' tu..dorang akan terus anggap kau dah janji sesuatu dengan mereka..see?
  2. Bila sesiapa pun menaburkan janji pada kau,better kau jangan ambil serius langsung...cth:"Aku janji akan buatkan kau something"..sounded bagi kita tempting je kan??babe,dont take it seriously,just angguk dan cakap terima kasih.Susah wey kalau kita dah ter mengharap pada janji..
  3. Sesuatu perkara tu lebih baik dijadikan suprise dari dah diketahui umum..orang akan macam annoying kat kau bila kau dah bercakap tentang cita2 kau tapi habuk pun tak nampak??Sebab apa itu terjadi?kadang2 orang interprate sesuatu yang kau cakap suka2 tu as janji lahh..
Dah,aku tak nak list kan banyak2,sebab aku ni bukanlah seseorang yang arif tentang perkara2 macam ni."hanya jauhari yang mengenal manikam,hanya mereka mengenal permata hanya mereka juga yang mengenal kaca."

credit to Ameen Deen

Ni belum aku nak cerita pendapatasi aku tentang janji pada pasangan yang tengah bercinta.tu lagi lah macam2 janji tabur mencurah2 macam air..seperti aku cakap pada tajuk entry,memberikan janji memang mudah,tapi mengotakannya?

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*just another entry bosan dari aku..terima kasih yang sudi membaca.
*moral of the entry,jangan ingat menabur janji tu perkara enteng.impak dia besar tw pada individu lain.

Contest : spectacular specky.

Konsep ber blog ni rasanya kalau semua orang buat,mesti boleh punya korang merasa happy berblogging..apa dia perkara tu?Give and take..apa itu give and take?dia lebih kepada macam orang kata kita memberi orang merasa lahh..


Generosity and stewardship lahh yang membantu kita berinteraksi dengan baik dengan semua blogger yang lain..Jangan mengharap orang sahaja yang memberi pada kita,kita dulu lah yang kena memberi pada orang sebelum orang lain memberi pada kita..percayalahh..


Okey cukup mukadimmah entry ini..baru2 ni,Cik Paro (amboi nama,kenapa Paro?) ada buat contest..contest apa?alaa,dia macam contest bergambar as usual lah,tapi yang ini dia macam nak peserta letak gambar dia memakai kaca mata lah..ni bannernya..


Okey,aku pun dah lama tak join contest..since contest ni mudah,aku pun rasa tak rugi apa2 mencuba..jadi nahh,aku join..banyak sebenarnya gambar aku pakai speck ni..tapi sebab dia kata "hadiah akan diberikan kepada 3 pemenang yang berjaya mencuit hati pengadil."..okey aku pilih gambar ini;
Aku tak tahulah..nak letak gambar lucu macamana..letak je lah ni.

Nak join juga,nak info lebih lanjut pergi lah ke blog Cik Paro tu sendiri..syarat2 apa semua ada dia letak kat dalam tu..ikut je lahh..happy blogging..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*pasal muqadimah atas tu,aku nak cakap kalau aku buat contest nanti,siapa tak join aku sunat sekor2..padan muka..keh3.
*gambar tu,aku nak jadi macam MJ..tu je..

Tolong!!blog aku berat..macamana ni??

Ada kwn blogger aku,Zella bgtw yg blog aku ni susah nk loading..hurm,aku memang tw blog aku ni dah makin berat,tapi tak aspect sampai mcm dia ckp,tak keluar background belakang pun.. haihh.. ni merupakan punca org taknak baca entry atau pun lawat blog kita.

.

OMG,aku taknak itu terjadi..mcm mana ni??Zella,blog ni ada background,tak tipu..haa,siap bg screen shot dah..mcmana eh aku nk kurangkan berat blog aku nk loading ni??adakah mesin peninbang berat kat bawah blog aku ni dah rosak??sebab aku timbang blog aku,baru 93kb je..berat ideal utk blog ialah below 100kb..

Hurmm,tap klu dah ada org ckp blog aku berat,maka betul lah tu..aku lebih percaya kata2 org berbanding mesin2 penimbang..so macam mana ehh?apa yg patut aku buang dalam blog aku ni??aku ni baru2 belajar tulis blog,mak aih..tak best lahh blog berat..so kat sini,aku nk utarakan beberapa soalan,harap kwn2 blogger dpt tolong aku..
  1. Blog aku betul berat sgt ke?
  2. Apa yg aku patut buang dari blog aku supaya jadi ringan sikit?
  3. Apa benda yg penting mesti ada dalam blog kita?
  4. Adakah background yg buat sendiri tu memang menyebabkan blog jd berat?
  5. Blog aku apa yg kurang?
Ok,tu je soalan aku..aku harap sgt siapa2 yg concern dptlah tolong kan..aku tak tw nk buat apa ni..so yeah..tolong ehh..anyway,tak sabar nk masuk 2010..mlm ni hang out..yeah..

(owh,entry ni,credits to Zella)


Fashion : Jenis-jenis cutting seluar jeans..

Sekarang pergi mana2 perasan macam semua orang pakai jeans kan??dah memang mcm kewajipan ke apa ntah.macam siapa tak pakai jeans tu mcm kau tak ikut peredaran zaman ke apa.,dalam semua2 yg pakai seluar tu,perasan kan ada mcm2 cutting..ada yg stylo,ada yg pelik,ada yg lame jinjang whateva..so,sebb RTW9 yg lepas,aku tergerak nk tulis sikit lah pasal jean's cutting ni.haha.biar terbuka sikit minda semua..tak pasal2..

Ok,dengan semangat yg kental nak menulis pasal jenis2 cutting jeans ni,gigihlah aku search wikipedia sikit..klu tak aku pun tak pernah tw semua tu..aku pun tak pernah tw semua sekali jenis cutting ni..jadi kini,aku akan listkanlah jenis2 cutting jeans yg wujud kat dunia ni..here we go..aku campur je tw cutting utk lelaki dgn perempuan.

Straight cut,ataupun translatenya jadi potongan menegak.haha.potongan ni dia kira dari atas sampai bawah lebarnya sama lahh..kira dari peha sampai ke buku lali lebar seluar tu sama.




Bell-bottoms/Flares/Boot-cut..hah,jenis ni senang je nak kenal.ia mempunyai potongan semakin membesar ke bawah..kira dekat bawah start dari bawah lutut,ia lebih besar dari lebar kat peha.




Baggy jeans jean pula,ni macam kira seluar yg rilek dan sempoi..sangat tak formal..sebab dia mempunyai cutting yg besar dari pinggul,peha lutut sampai bawah besar.ia sesuai untuk org yg berbadan gempal ataupun sesiapa yg tak nak nampak figure kaki dia ke apa ntah..yg penting seluar ni selesa.



Jorts pula ialah jenis seluar jeans yg pendek..senang faham seluar pendek yg dia jenis seluar jeans lahh.so klu nk lebih nmpak berpengetahuan lebih bagus sebut nya jorts dan bukan sluar pedek..haha



Low-rise jeans/Hip-huggers pulak jenis pattern seluar yg selalu org pakai mcm sangkut kat pinggang je..senan kata yg londeh2 bagi nmpak boxer apa semua lah..kadang2 tgok org pki seluar jeans straight cut pun nk londeh2kan seluar bg nampak boxer kartun dia..nk nmpak comel ke ap tak tw..masing2..tapi klu jenis low rise jeans ni,memang cutting dia cam pakai je jadi londeh je.sukati kau lah labu..owh,nama lain dia sagging. 



Skinny,klu tak kenal aku tak tw lahh..sekarang mcm semua org pakai skinny..kaki gemuk pun boleh pakai jg tiba2..hah,ni jenis mmg mcm pki kasi melekat lah kat kaki..ukur lilit bwh tu pun aku rasa around 38 cm je..(dulu aku pernah amek upah skinny kan seluar org,,haha)



Carpenter jeans pula jenis seluar jeans yg agak besar mcm baggie juga,tapi dia punya cutting poket kat belakang tu agak besar..paling penting,trademarknya byk poket kat bahagian sisi seluar yg kat lutut tu ha..



Phat pants pula..ok,siapa kenal reshmonu?haa,seluar pelik yg dia pakai tu namanya phat pants lahh..owhh..aku pun baru tw sebenarnya..sekarang aku fikir,nama too phat pula apa maksudnya?seluar terlalu reshmonu kah?ntahlah..

Overalls pula ialah baju yg siap ngan baju tu..ntah,selalu dalam cerita2,klu org tu jadi mekanik ke apa mesti pakai baju ni..tapi klu aku ada jumpa budak2 kecik pakai camni,nmpak comel,tapi klu org tua2 pki..mak ai..annoying doh kau..(pada aku lahh)



Shortalls pula macam adik beradik pada Overalls..ok,ni klu jumpa lelaki pakai memang mcm nk kena tepuk dahi ke apa ntah,tapi klu perempuan pakai,meh ikut aku balik..haha


ok,skang dah masuk cutting utk perempuan,nk teruskan je lah pasal perempuan.ok,Capris pula jenis seluar yg mmg ketat,dan trademarknya pendek(paras lutut),dan ada tali kat bahagian bawah..




Ankle Jeans pula memang seluar ni utk perempuan je..sebab cuttingnya sgt mengikut pinggul,dan paling penting ia mcm skinny tetapi tidak sampai ke bukulali..dia atas buku lali..kira senteng..owh,seluar ni jg sgt femes dikalangan bapuk sebab bila pki seluar ni,memang outomatik nmpak cutting feminin.



Loose pula.yg ni aku kurang faham..apa beza dia dgn low rise jeans,sebab dia pun function sama jg..nk londeh bagi org nmpak boxer kau yg konon cute gambar kartun kaler pink tu..tp ntah..terima je lah..loose cut jeans.

Ok,bagi org yg berkeinginan nak org semua tw yg kau dah slim ya kau dah slim tahniah,baik kau pakai seluar slim cutting ni..hah..dia bukanlah skinny yg nk nmpakkan kat semua org kau kurus mcm jerangkung..tapi tetap mempunya cutting yg ketat terutamanya di peha,tapi bahagian bawah taklah sekecil skinny.



 
Yang ni satu lagi cutting utk perempuan..High waist cut..dia memang bentuk cutting perempuan lahh..pinggangnya tinggi..lelaki baik takpayah pakai,sebab nanti kau punya tali pinggang atas pusat ataupun cawat kau bukan main londeh baik punya..


Ok,siap sudah aku tulis pasal jenis2cutting seluar jeans..harap dapat membantu sedikit sebanyak dalm pemilihan seluar jeans..maaf sebab letak gambar model yg tak tutup aurat..harap ni boleh bh pengetahuan sedikit utk semua sedikit sebanyak..owh,kepada perempuan2 atau lelaki yg pakai jeans ketat nak mampus tu,korang takde rasa sakit ataupun melecet atau pun time korang nk terkencing@terberak tiba,tak susah mahupun terseksa kahh??

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.