Culture : Antara messaging dan calling,yang mana akan kau pilih?

Dewasa ini, telekomunikasi umpama perkara picisan sahaja pada semua..segalanya di hujung jari.. dunia kini seolah-olah menghubungkan dan merapatkan hubungan antara semua..contoh paling dekat dengan kita ialah telefon bimbit.

 Sony Erricson Vivas,please be mine!
Semua orang ada telefon bimbit sekarang..budak kecik sekolah tadika pun dah ada..Alasan senang nak dihubungi. Okey fine..dunia sudah maju..semua golongan layak mengecapi kemudahan yang sedia ada tanpa mengira usia. Bak kata pepatah,"sekali air bah,sekali pantai berubah"

Okey terus kepada tajuk perbincangan kita.Antara messaging dan calling,yang mana menjadi pilihan?Ada yang berkata,kalau message ni,jimat sikit,berapa sen je pun..tapi pada aku,kalau kau tanya sepatah,then orang tu jawab sepatah,lagi kau tanya lagi dan benda tu berulang2,kan dah melambatkan dan jauh lebih membazir?


Lagi aku pangkah bab-bab messaging ni ialah,benda ni melalaikan..dari yang kau nak tanya satu perkara je dah benda jadi meleweh,lagha bagai..lagi pada aku,kalau messaging ni,ia penuh dengan kepalsuan..dalam erti kata lain,terdapat lakonan di dalam komunikasi itu.

Ironinya,aku ingin mempersoalkan disini,antara messaging dan calling,yang manakah menjadi pilihan utama anda sebagai perantaraan komunikasi melalui telefon bimbit dalam aktiviti harian?

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*alasan takde kredit untuk membuat panggilan tu haruslah kau tolak ketepi,perantaraan dengan messaging jauh lebih membazir.
*aku membincangkan ni tentang komunikasi biasa,bukanlah komunikasi melalui istilah kau gayut dengan kekasih kau whatever lahh..
*aku lebih prefer calling dari texting lahh,,