Personal : Siapakah orang yang paling sesat di dunia?Pernahkah anda tahu?

Acapkali kita bercakap tentang "orang yang sesat",apakah yang terkeluar dari minda kita?Pastinya kita akan terfikir orang yang datang ke suatu tempat yang baru dan asing padanya tanpa sebarang tourist guide dan peta barangkali,itulah orang yang sesat kan?


Kadang-kadang kalau pergi suatu bangunan yang kita tak pernah masuk itu pun boleh buat kita sesat..Tapi pernah dengar tak tentang perihal ciri-ciri orang yang paling sesat didunia?Orang yang paling sesat di dunia sebenarnya adalah orang yang menghina@mengutuk pendidiknya sendiri.

Fenomena ini aku pasti terjadi dimana sahaja,tidak kira peringkat pendidikan,dari sekolah rendah hinggalah ke IPT,ada sahaja bibit-bibit luahan tidak puas hati pada pendidik..Aku juga tidak terkecuali.Selalu ada sahaja yang aku panas je dengan mereka.

Kena marah?Tahan je lahh..

Tapi ingatlah semua,memang benar,orang yang paling sesat di dunia ini ialah orang yang mengutuk pendidiknya,kerana fikirkanlah,mereka orang yang memberikan kita ilmu,walaupun hanya sepotong ayat,tapi ilmu tu sepanjang kita gunakan ia tetap dari mereka.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Janganlah sesekali kita membenci pendidik kita,walau seburuk mana pun mereka pada kita.
*Semua tentang perkara diatas disampaikan oleh Pn. Norzila (mak) pada aku lahh..thanks mak.
*Selamat Hari Guru Sendra ucapkan kepada cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah di:
  • SKPG2
  • SKPG4
  • SMKPG1
  • MRSM Muar
  • Kolej Matrikulasi Perlis
  • UiTM Perak
  • Kolej Shahputra.
*16 May,Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia!!