Political/Social : Permainan Tradisional Kita Bosan Ke?


Aku ke suatu tempat.Arked permainan. Dalam keghairahan aku bermain permainan 'ketuk-ketuk-kepala-arnab' sambil ditemani sang setia, tiba-tiba aku teringat akan seorang pakcik cina yang bermain di mesin 'touch-screen game' yang terletak berdekatan pintu masuk arked permainan itu.


Sambil sang setia leka melihat aku mengetuk. Gelak ketawa.Berpimpinan tangan seketika. Terus lepaskan bimbitan tangan dan tunjuk ke salah sebuah mesin permainan."Ada satu game ni, dia ada gambar sebelah pastu kite kene teka ape yg tak sama dgn gamba sebelah dia tu,jom main nak?" katanya.

Aku angguk saja.Mataku melirik ke kiri.Melihat pakcik cina yang khusyuk menekan papar mesin permainan itu sambil menopang kaki kanannya ke atas bangku kosong milik mesin sebelahnya.Permainan apa agak-agaknya dia main ya?Sambil aku melayan sang setia bermain permainan kegemarannya, minda aku tetap ke pakcik cina ini.
(Aku ber-multitasking sebentar)Dari segi rupa dan pakaian beliau yang selekeh,dari umur yang boleh aku teka melalui kedutan di wajahnya, soalan yang terkeluar dari kepala ini adalah-
 
"macam datuk orang je gaya.apa dia buat kat sini? pukul 11 p.m lebih dah.Dia tak ada family ke?Kenapa tak ada orang nak teman dia?anak-anak ke?cucu ke?"
Sehabis sahaja aku mentelaah wajah pakcik tua ni,aku berfikir seketika.Mungkin dia tersisih oleh orang tersayang kerana ingin bersama dengan mesin permainan 'touch-screen' .Entahlah. Itu hanya pendapat aku.

Nak tahu dia main permainan apa?
MAHJONG

Mahjong juga merupakan satu permainan berasaskan perjudian. Aku tak nafikan bahawa manusia memang suka duit. Mungkin pakcik ni tak suka nak berjudi jadi dia mainlah Mahjong di arked permainan sahaja.Entahlah.
 
Nilai dari cerita ini ialah, walaupun pakcik ni selekeh, tersisih(mungkin), tua!.. beliau tetap main dengan permainan tradisi bangsanya.Sekiranya kita berada di tempat pakcik cina ini,bagaimana pula ya? 


Orang melayu sibuk main game dari Jepun dan barat. Permainan tradisional kita sendiri pula dibiarkan, tapi bila difikirkan semula, kebanyakkan permainan tradisional kita sangat santai dan tidak mencabar ala-ala 'strategic game' ada juga kata permainan tradisional kita bosan.


Cheers,
Starrocker,
Kueh Tart.


*Apa pendapat anda semua?
*permainan tradisional kita bosan ke?