Political/Social : Mahu Menjana Wang Tanpa Bekerja?(minda orang kita)


Aku terima pesanan mesej ringkas dari seseorang rakan yang menjemput aku untuk melakukan business sampingan tanpa bekerja ini beberapa hari lalu.Aku mengenali beliau tidaklah terlalu lama sebab itulah aku terkejut akan kemasukan mesej ini di telefon bimbit aku. Mana tidaknya, bolehkah aku percaya terhadapnya, bolehkah dia membantu aku sekiranya aku mempunyai masalah mencari orang bawahan aku?Ah serabut! Banyak sangat soalan yang meletup-letup di fikiran aku ketika itu.


Aku memilih jalan untuk menolak secara halus kerana aku tidak mahu membebankan mana-mana pihak.Lagipun, aku tahu tahap keberanian aku untuk berbicara dengan orang yang tidak dikenali. Sejak kebelakangan ini ku merupakan insan yang antisosial.
Tidak suka berkawan. Hanya suka menyendiri & memikirkan hal-hal negara kepala otak aku sahaja.


Walaupun tolakan secara halus telahpun aku lakukan, beliau tetap membalas dan menyatakan "klau berat,modal kurang dari rm20 pun bleh gak" Aku terus memberitahunya "Tengoklah dulu,apa2 nanti aku bagitahu"

Aku harap beliau faham ketidakmahuan aku dengan cara aku membalas mesej itu.

Daripada cerita benar diatas, jikalau pembaca semua perasan, penjanaan duit tanpa perlu bekerja ni berlaku sejak kebelakangan ini saja.Mengapa ia tidak berlaku pada tahun 1996,1997,1998,1999 etc?


Pada zaman sekarang, terdapat juga cara lain untuk menjana duit. Sebagai contoh, rasuah.
Degan cara rasuah pun boleh menjana duit hanya dengan mengguna kata-kata, sama juga dengan skim cepat kaya dan program yang sehaluan dengannya.Tambahan lagi, kenaikan bahan bakar dan keperluan kian meningkat, manusia lagi butuhkan duit biarpun maruah tergadai.
Walaupun niat penggunaan duit adalah baik seperti perbelanjaan harian keluarga & persekolahan anak-anak, ia tetap memberi kesan yang buruk terutamanya pada psikologi.

Mengapa secara psikologi?


Manusia,sejak azali, lebih sukakan yang cantik, yang sempurna, dan yang mudah.Tiada siapa yang mahukan sebaliknya.Tuhan juga telah memberi manusia akal untuk belajar & berfikir cara yang terbaik untuk mendapatkan kesenangan.
 

Terutamanya, orang kita, yang beragama Islam.Agama yang menerapkan akal fikiran & ilmu untuk mencari kesenangan di dunia dan akhirat.
Bukannya dengan bersantai bergoyangan kaki demi menjana wang!Itu berjudi namanya..
Yang aku bertambah hairan, ada juga orang kuat masjid mengikuti program ini. Mungkin tiada sebarang pernyataan Haram oleh mana-mana mufti maka program ini boleh dijalankan. Mungkin para-para mufti juga 
selok(dengan ghairahnya) mengikuti program ini!
Minta maaf ya.Selagi dia bernama manusia atau lebih jelas lagi spesies homo sapien, aku akan sentiasa ingat mereka jahat.Kerana bagi aku, kebaikkan dalam diri manusia akan datang dengan sebab/alasan. Sebagai contoh, aku baik bersamanya sebab dia kawan aku dan etc.

Yang memalukan lagi, kebanyakkan orang melayu kita yang suka akan perkara-perkara begini.Mengapa?


Baik belajar lipatan origami untuk hantaran kahwin dari duit daripada melabur dpt juga upah.


Cheers,
Starrocker. 

*Tak cukup ke mak bapak kau bagi duit poket?
*Duit pinjaman PTPTN/MARA anda lepas ke mana?
*Belajarlah dengan tekun & bersungguh-sungguh,Insyallah kau akan dapat kerja yang mendatangkan hasil lumayan dengan titik peluh sendiri tanpa rasa ragu-ragu & kerisauan.