Political/Social : Aku Racist.

Apabila aku menyatakan aku ni 'racist', ia bermaksud aku mempunyai sifat perkauman.Mungkin ramai orang sekeliling aku kenal dengan perangai aku begini. Aku cukup menyampah bila kaum Cina dan India berlagak seperti mereka adalah pandai,rajin,pintar,cerdik & etc.

Mungkin ada antara kamu yang tak setuju bukan kerana aku melayu yang racist terhadap bangsa lain bukan?Lihat lah sekeliling kamu, media cetak surat khabar pun racist juga, sebagai contoh.

Pro-Melayu--Utusan,Berita harian,Metro(suratkhabar nyamuk ni pun termasuklah!)

Pro-Cina--The star

Pro-India--NST


(Jika anda kaki baca surat khabar,anda akan perasan semua ini)

Jika anda semua nak tahu, staff-staff yang kerja dengan surat khabar berikut pun kebanyakkannya mengikut kaum masing2.(Kebanyakkannya lah, tapi ada juga sedikit bangsa lain)



Dalam negara sebegini rupa, kebanyakkan orang Melayu kita (mungkin,melayu tipikal), sentiasa mengagungkan bangsa lain terutamanya dari segi pembelajaran & kehandalan berbahas/menulis dalam bahasa Inggeris.
 
"Man, cuba kau tengok,pandai anak india* & anak cina tu,bukan macam kau! kau ni pemalas"
Kata ibu Man kepada Man."

Lihat,contoh ayat di atas sahaja sudah cukup. Aku cukup benci jika aku terdengar ayat sebegini rupa pasal aku pelik kenapa kita kena agungkan bangsa-bangsa lain?




Ada orang kata, jika kita menggunakan nama bangsa lain, kita akan jadi lebih motivated & akan mara ke hadapan & memperjuangkan kaun kita sendiri.

Itu orang kata,dia ada hak.

Bagi aku, itu semua itu kosong semata-mata.

Aku boleh bet bahawa Man tidak akan ubah menjadi rajin tetapi akan berkata begini;


"Ah,aku ni pemalas,aku cuba dah untuk jadi pandai & rajin macam orang cina & india* tapi tak boleh.Ala..diaorang Cina & india,memang lah pandai..pandai cakap mat salleh,pandai matematik.Mana lah aku nak cari kawan yang pandai macam dorang.Kat sekolah, budak Cina & india yang pandai cakap mat saleh ni mana nak kawan dengan orang Melayu macam aku.'"

Mari ikut aku bawa korang ke zaman persekolahan.

(gambar hiasan)

Aku pernah bersekolah di salah satu sekolah di ibu negara yang ramai kaum Cina & India.

Di sana,terdapat segelintir pelajar Cina & India yang pandai berbahasa Inggeris,yang tidak,yang bijak ilmu hisab,yang pintar sains,yang tidak boleh bercakap bahasa kebangsaan, yang buta huruf dimana harus disumbatkan ke kelas peralihan dengan segera..etc.



Aku tak menafikan, mereka yang kononnya pandai & pintar ni memang tak suka nak berkawan dengan pelajar kaum Melayu.Termasuklah aku pada waktu itu.

Mereka sangkakan pelajar Melayu ni Malas!Bodoh! untuk mereka berkawan!

Higgalah pada suatu hari, sekolah ada anjurkan Spelling Bee competition sempena minggu bahasa Inggeris.Aku pun join, walaupun ada pelajar kaum lain yang tak setuju, kerana aku Melayu.Lagipun aku jarang berbahasa Inggeris dengan sesiapapun masa zaman sekolah.

Aku berdendam dengan mereka.

Nah!!Juara Spelling Bee dijatuhkan kepada aku.




Aku ingat lagi, waktu tu yang membuat aku jadi juara kerana aku berjaya mengeja "tambourine" dengan tepat.Malu semua budak India & Cina yang kononnya perasan bahawa diri mereka itu hebat dalam bahasa Inggeris.Aku dah juara, aku buat macam biasa sahaja.Seperti diri aku yang dulu, budak sekolah yang selekeh.Mereka ucapkan tahniah aku hanya berkata terima kasih dengan senyuman =)


Aku prove them wrong.

Mulai dari hari itu, ramai pelajar Cina & India yang "english speaking" ni ajak aku lepak bersama, tapi aku beri macam-macam alasan. Aku lakukan semua itu kerana aku malas.Hanya aku fikirkan setelah tamat waktu sekolah adalah pulang & tidur.Itu adalah rutin aku.Bosan kan?

Lama sikit, aku bertemu dengan seorang jejaka Cina.Jatuh cinta.Bercinta selama 4 tahun dan berpisah kerana masalah peribadi.



Tak tumpah macam cerita Sepet by Yasmin Ahmad.

Selama 4 tahun, aku tak tahu mengapa aku boleh terjumpa dengannya.Ah! masa tu aku kecil lagi,apa lah aku tahu,bercinta itu bagaikan berkawan.Masuk tahun ke 3 dan 4, aku mula fikir bahawa ayah tak sukakannya.Aku menangis.Kononnya dialah segala-galanya,dialah yang aku cinta.Bullshit.(ala..cinta budak-budak)


Mama berkata pada aku
"Payah nak, dia tu lelaki, kena ajar dengan cara kita,"

Dulu aku tak memikirkan kata-kata mama & ayah kerana aku rasakan bahawa mereka ni 
racist,Maklumlah,aku ingat aku sudah dewasa dan segala perbuatan aku betul.Aku berpisah dengannya kerana aku mahu mencari jawapan yang lebih tepat.



Dulu, aku lihat pada family bekas teman lelaki aku sendiri, dia juga racist, adik beradik dia kawan kebanyakkannya dengan orang Cina, pergi kolej pon ke Kolej T.A.R,walaupun ibunya berbangsa Siam, tetapi bukan Siam yang muka seperti melayu,tetapi Siam utara yang muka Cina.Payah nak tengok rakan-rakan adik beliau berkawan dengan bangsa Melayu.Teman wanita/lelaki semua bangsa asing( kulit putih punya.).Biasalah, suka sangat kat keturunan mat salleh ni, kononnya ada standard la. Gila kampung pemikiran.Nak-nak lagi dulu beliau pernah berkata dengan aku

"kalau orang melayu ni, dia nak duduk kat kawasan bangsa dia je,dia taknak duduk kat kawasan yang multi-racial macam kawasan i ni"




Otak kau ni cetek sungguh. Ada kebaikannya jika kita duduk dia kawasan orang Islam. Senang nak ke surau kerana akan adanya surau berdekatan, senang nak panggil orang jika ada pengebumian & sebagainya.Cara orang Islam lain dari cara orang bukan islam.Hissshhh......
Sudah sahaja aku berpisah, aku mula berfikir sendiri.Bangsa lain ni kalau boleh dia memang nak tunjuk yang bangsa melayu ni bodoh,otak cetek,racist..padahal,bagi aku, semua sama je.Aku memang tak puas hati kalau tengok bangsa Cina & India yang belagak pandai.Pandai dalam segala-galanya.Rajin baca buku.

Bangsa kita juga yang aku geram ni kadang-kadang suka merendah diri ,mengalah!


Minggu lepas aku ke KFC, dan nampak satu group budak Cina baca novel dikhalayak orang ramai yang bising macam langau. Boleh fokus ke?Mentang-mentang buku baru sahaja keluar dari plastik bagPopular.Boleh la..Lepas tu, ada makcik ni cakap kat anak dia macam dialog ibu Man menegur Man pada awalan cerita tadi.

Bagi aku, ada je orang Melayu yang pandai cerdik belaka.Kenapa harus pandang ke bangsa lain dalam intonasi memperlekehkan bangsa kita sendiri.

Cheers,
Starrocker. 

*Lu pikir la sendiri.