Sebelum aku berceloteh panjang  ni,apakah itu perut maju ke depan (PMKD)??PMKD ialah suatu masalah  dimana siapa yang mengalaminya akan mempunyai simptom perutnya akan jauh  maju ke depan dari bahagian badan yang lain,atau dalam erti kata lain  perut buncit lahh.
Perut maju ke  depan.
Perkara orang mengalami masalah PMKD di  masa usia tua standard lah kan?tapi kalau tengok kawan2 muda2 dah  PMKD,sayang seyh,hilang stylo diri tu.Jadi,sebab aku rasa kali ini nak  kongsi sikit apa yang aku dapat lepas buat research sikitlah cara  mengatasi masalah PMKD ni.Ok here we go~
Pemakanan. 
1) Minum banyak air.
Ada orang berpendapat,minum banyak air  lah puncanya.Tapi sebenarnya fakta itu adalah SALAH sama sekali  melainkan air yang kau minum tu ialah arak.Sebenarnya,semakin banyak  kita minum air lebih elok rupanya sebab ia dapat mencairkan konsentrasi  sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada  tubuh.
 (air masak adalah 0 kalori dan manusia memerlukan 8 gelas  air sehari.Itu fakta okey!)
2)Waktu makan sila steady je.
Dalam erti kata lain makan slow2  lah.Nabi pun ada ajar kalau makan kunyah biar sampai 40 kali.Benda ni  memang ada baiknya.Aku sendiri amalkan,makan jadi tenang je  tw.keburukannya ialah kalau makan luar dengan kawan2 semua orang dah  habis makan aku sorang baru makan setengah pinggan.Lepastu semua buat  muka bosan tunggu aku.
"Biar lambat  asalkan tidak PMKD."
3)Makan banyak buah-buahan dong!
Benda ni kalau duduk dengan parents  selalulah dapat,kalau duduk rumah sewa@hostel?heshh..tapi itulah  fakta,makan banyak buah boleh mengelakkn masalah ini.Macam kalau tengah  malam terjaga,lepas tu perut lapar,haa,better makan buah dari kau pergi  mapley order roti canai.
Cuba cari gambar kelapa buat santan tu..pagi2 makan santan  pun boleh dong.
Penjagaan fizikal.
1)Berkawat lah setiap masa.
Jangan kau lurus sangat ikut apa aku  cakap suruh kawat.Tadi aku buat research ada satu forum tu,orang tu  cakap tentang posture berdiri time kawat.yang shoulders back, chins up  and stomach in!!haa..posture tu sebenarnya kalau diamalkan selalu dapat  membantu mengelakkan PMKD dan juga bongkok.
Takde seorang  pun yang PMKD.
2)Lakukan banyak senaman.
Benda ni tak payah cakap pun takpe  sebenarnya..patut ni letak atas sekali..tapi macam common sangat..tapi  itulah fakta,.nak elak PMKD,rajin2lah exercise.at least lepas makan  berjalanlah sikit.Kalau blogwalking boleh tahan,kalau nampak jarak dah  berapa kilometer entah kau BW,ni untuk badan,kenalah jaga juga dong!
Tabiat  (bukan buang tebiat)
Okey yang ini simple.Jangan tidur  selepas makan,lepas 1 ke 2 jam baru boleh,jangan mandi selepas  makan (yang ini tidak diketahui auta ataupun fakta?),paling penting,jangan suka ejek orang punya perut boncit, nanti balik kat diri  kau sendiri.padan muka.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*pheww,nasib baik aku tidak PMKD.sebab  tu selamba boleh kongsi tips.
*entry  ini tidak ditujukan khas kepada sesiapa.harap jangan terasa.




