Political/Social : Sudah dapat gubah dikarang,bunga sekaki dicampak buang.

Marcapada,pembaharuan ada dimana-mana sahaja dalam setiap apa pun semua dah nak maju sekarang.Kalau dulu siapa yang mampu ber message2 dah dikira hebat,sekarang orang dah video call lah.Kalau dulu siapa yang ada sebiji PC kat rumah dah dikira paling maju,sekarang orang simpan iPad dalam beg je lahh.

Banyak lagi contoh yang ada.Aku pasti ada dalam kalangan kita masing-masing ada je kan mereka punya pengalaman peribadi terhadap perbandingan sesuatu yang lama dengan sesuatu yang baru.Menjadi persoalan disini,adakah kita wajar melupakan yang lama dan terus pandang kehadapan?Lihat contoh dibawah.


Batman yang terbaru dengan yang pertama.Yang dari dark knight nampak sangatlah stylo dan sangat meyakinkan kalau dia nak selamatkan aku.Tapi yang sebelah tu,aku rasa kalau aku jumpa dia,aku pulak rasanya yang nak selamatkan dia dari membodohkan diri pakai spender di luar tu.


Begitu juga dengan Robin,partner batman.Yang lama tu alahai nerd nya kau.Macam kalau kau keluar malam2 dengan Batman tewaskan penjahat,aku nak tanya je,"dik,kerja sekolah dah siap?"..tapi Lihatlah Robin yang baru tu,nampak gah disitu okey!mantop!


Contoh lagi.Kau lihat perbedaan antara dua kereta diatas.Dua2 diatas ialah Mitsubishi Lancer,tapi antara yang lama dengan yang evo diatas,mana kau akan prefer?Bagus kalau ada yang masih pandang yang lama,tapi kalau yang jenis dasar pandang kehadapan?nak ke dia kereta buruk tu?

Cuba semua rujuk balik entry2 lama korang semua,boleh detect tak bertapa berbezanya penulisan kita yang awal2 belajar tulis blog dengan yang sekarang?Aku kalau baca yang dulu punya rasa nak delete je semua tu.Tapi aku terfikir akan peribahasa "sudah dapat gubah dikarang,bunga sekaki dicampak buang".


Aku berhasrat nak menukar platform yang sedia ada (blogger) kepada Wordpress.Selepas aku teliti wp 3 yang baru,memang sangat banyak kelebihannya berbanding blogger dan ini membuatkan aku nekad meninggalkan Blogger.Aku hampir melupakan blogger,padahal dari situlah aku belajar macam2 permulaan pasal blogging.

Jadi aku terfikir,kita ni memang terbiasa ada tabiat melupakan yang lama setelah mendapatkan yang baru kan?Kita mudah menjadi seperti kacang melupakan kulit.Tapi ada orang kata "keep looking forward" lahh..jadi apa point kita ingat pada yang lama?aku semakin konfius.

Cheers,
Sendra,
Kueh Tart.

*Aku semakin konfius sampai entry semua kelaut.
*Tanpa yang lama,tidak akan ada yang baru.
*Nanti kuehtart.com akan berwajah baru.
*gambar blogger wordpress tu curi dari mel.