Political/Social : Entry persis "why smartphone can be a dumbphone?"

Seseorang menegur aku bahawa golongan muda seperti aku ni kurang berminat dalam mengambil tahu tentang isu semasa dan isu dunia yang berlaku di sekeliling mereka malah apa yang mereka lebih mendalami isu perihal hiburan dan juga isu-isu untuk "bergaya lebih". 


Maksud beliau "bergaya lebih" ialah kita hanya tahu untuk menggunakan teknologi seperti telefon bimbit dan komputer yang serba canggih tetapi tidak tahu 'general knowledge/information' alat yang digunakan,sebagai contoh pengasas bagi syarikat Apple dan apakah hubungan beliau dengan Bill Gates? Why there is such thing as Mac and windows? Keburukan teknologi kepada kesihatan? etc.

Sama juga seperti berita,dia berkata kita tidak up to date terhadap berita nasional dan dunia.Mereka lebih suka memiliki informasi bersumberkan mulut orang daripada memiliki informasi yang dikaji berkali-kali dari pelbagai sumber. Sebab itulah, mereka suka membuat penilaian yang tidak setimpal. Akhirnya jadi bahan ejekkan orang lain.


Bila bangsa lain kutuk kita marah(sampai bergaduh-gaduh pun boleh juga) tanpa sedari bahawa ia semuanya berpunca dari bangsa kita sendiri.Macam penyakit, tahu tak? penyakit?!Kita tak boleh macam ni, kita harus alert one step ahead.Untuk meletakkan diri kita one step ahead,kita perlu kaji dan cari maklumat tanpa henti.

Apa-apa hal pun, ini semua kata beliau lah, sebagai orang muda aku hanya mendengar dan memanfaati apa yang beliau katakan.Sudah tentu banyak yang sedang meletup-letup difikiran aku ni.Banyak sungguh ya cerita orang kita kalau nak diceritakan.Tapi tak perlulah, because I am sure you all have heard it all before.

Cheers,
Starrocker,
Co CEO Kueh Tart.

*Apa kata anda?