Humour : Pernah dengar cerita tentang Pied piper?

Mesti macam ada yang tertanya-tertanya apa itu pied piper ni kan?Apa pula Kueh Tart nak cerita pasal pied piper ni?Okey siapa yang dah tengok cerita Shrek Forever After?Dalam banyak2 watak dalam tu,aku tertarik tang Pied Piper lahh..Tapi pernah tak dengar cerita sebenar tentang Pied Piper tu?



Tapi dalam Cerita Shrek ini dia punya Pied Piper canggih,boleh tukar2 mood nak control apa pun termasuk ogre!!Sangat kreatif okey penulis nya Mike Mitchell.


Cerita Shrek ni memang selalu banyak dia masukkan watak cerita dongeng kan?Aku tengok cerita ni dah lama,tapi hari ini baru terfikir tentang Pied Piper,satu cerita dongeng yang aku suka dari kecik dulu.Cerita Pied Piper ni berlaku di Hamelin,German.

Cerita mengenai Pied Piper pada abad ke 13 yang berlaku di bandar Hamelin ni macam cerita betul pula pada aku.Dah tak macam cerita dongeng kot?Masih ada ke yang tertanya2 apa itu Pied Piper?Pied Piper ni dalam cerita dongeng tu yang ada seruling sakti tu lahh..


Pada zaman dahulu di bandar Hamelin,penduduk disitu mendapat ancaman tikus yang sangat banyak.Mereka dah cuba ikhtiar macam-macam pun tetap tak berjaya.Sehinggalah datang seorang pemuda yang menyatakan hasratnya utuk membantu menyelesaikan masalah penduduk di situ.

Dengan syarat yang diberikan dengan setiap penduduk membayarnya dua keping wang emas untuk pertolongannya,dia pun mula meniup serulingnya lalu menghasilkan bunyi yang sangat merdu sehingga semua tikus2 tu macam terikut2 kemana pemuda tu pergi.


Sampailah kesungai,pemuda itu naik ke perahu dan tikus2 itu terus mengikutinya,akhirnya tikus itu semua mati kelemasan.Setelah penduduk Hamelin mungkir janji dengan tidak membayar seperti yang diminta,pemuda itu menjadi marah,lalu dia meniup lagi serulingnya.

Kali ini bunyi merdu dari serulingnya itu menarik pula anak-anak penduduk bandar Hamelin itu.Kesemua penduduk itu menjadi sangat takut lalu meminta maaf kerana memungkiri janji namun tidak diendahkan lagi oleh Pied Piper itu umpama nasi sudah menjadi bubur.


Akhirnya Pied Piper itu membawa semua kanak2 itu ke sebuah gua lalu mereka mengikutnya masuk kedalam gua itu.Apabila penduduk itu semua sampai ketempat itu gua itu sudah tiada.Gua itu lenyap dari pandangan mereka.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelin tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Dari cerita ini,sedarlah semua pembaca,menepati janji adalah sangat penting.Orang yang mungkir janji termasuk dalam kalangan musyrik.
*Menjadi pemimpin yang tidak menepati janji pada rakyat sangatlah hina.
Bermenifesto janji pelbagai,
dah jadi pemimpin banyak janji tak ditunai.
*Harap mesej yang aku nak sampaikan disini korang faham.Aku tuju pada siapa?Lu fikir sendiri.
*Maaf,aku memang suka cerita dongeng..tak dapat resist nak jadikannya sebagai contoh.
*Harap enjoy!