Political/Social : Mengapakah seni boleh menjadi media perosak minda anak muda kita?

Kadang-kadang aku pelik mengapa terdapat segelintir individu yang suka mempengaruhi diri mereka (baca :  barangkali mereka terpengaruh,) terhadap sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak tahu akan akar umbinya apatah lagi hendak memikirkan tentang soal kesudahan tindakkannya.


 Tidak kisahlah samada perkara yang mereka terpengaruh itu merupakan perkara yang baik ataupun buruk, dalam apa jua perkara haruslah ada rujukan.Tanpa rujukan, sesiapa pun boleh cakap bahawa kotak pensel itu adalah sekeping coklat yang boleh dimakan. 


Contoh yang diberi tadi merupakan contoh yang mudah buat penilaian kalian semua, tetapi bagaimana pula terhadap perkara yang lebih subjektif seperti sedalam manakah rujukan individu itu terhadap sub-budaya(Punk, Skinhead, Goth, Satanism, etc) yang dipelopori oleh golongan Barat yang kini menjadi ikutan anak muda kita
Aku mempunyai segelintir kenalan yang terlampau taksub akan pelbagai jenis sub-budaya ini sehinggakan mereka tidak lagi peduli akan asal-usul diri mereka sendiri bahkan aktiviti serta kepercayaan mereka juga merantaikan ajaran sub-budaya yang diikuti ataupun ajaran/undang-undang kehidupan yang ditetapkan sendiri.

Kata mereka "this is art, we follow, move and live by art”..seni seperti ini adalah tool bagi merosakkan minda serta jiwa dan bangsa anak muda kita. seperti yang aku nyatakan tadi, kalau refrence direka sendiri, macam kes kotak pensel dan sekeping coklat tadi lah, tak ke bodoh?


Seni itu merupakan sebuah cabang ilmu, ilmu yang harus dipelajari haruslah mendatangkan faedah serta kebaikan buat diri serta masyarakat, tapi cara pentafsiran mereka itu yang membuatkan perkara yang baik menjadi sebaliknya.

Cheers,
Starrocker,
Co-CEO Kueh Tart.

*sering kali diucapkan oleh mereka."But, how wrong is wrong?"
*masih lagi tertanya-tertanya? Where are your references?
*We live by Al-Quran and As-Sunnah.You?
*It feels good to be back here writing when the mood and words in my mind have set together and hit the motor receptor part of my brain to start off writing.