Blog pilihan Kueh Tart : Sutera Blogger


Buat julung2 kalinya,Sendra membuat segmen "Blog pilihan Kueh Tart" dimana saya akan buat sedikit review pribadi terhadap blog pilihan.Seunik nama blog,Sutera Blogger,entry2 dari penulis blog,Bean Moreno jarang menghampakan saya..
Semenjak saya mengenali blog Sutera Blogger sekitar awal Januari tahun ini,Bean Moreno banyak membawa saya mengenali dengan lebih mendalam tentang Blogging.Dia ni seorang tidak jemu menimba ilmu baru tentang blogging dan paling penting,dia tidak lokek berkongsi ilmu yang dia ada.

Siapakah Bean Moreno?
(Bean Moreno)

Dia ni sebenarnya adalah sebuah robot yang dicipta khas dengan kelebihan di bahagian otak tidak pada fizikal.Dia seorang yang sangatlah keding, kudut dan keping tapi otaknya sangatlah cerdas mampu menjana sekurang2nya tiga entry setiap hari..saya ulang,setiap hari!

Apa yang membuatkan saya memilih Sutera Blogger sebagai blog pilihan Kueh Tart ialah;
  • Entry yang tidak pernah putus.Saya akan rasa pelik atau tertanya2 jika tiada sebarang entry dari dia dalam satu hari.
  • Tiada istilah entry "tangkap muat" didalam blog ni.Semuanya entry yang mantap dan berinformasi.I wonder dari mana dia selalu dapat idea tu semua?Dia ada bagi tips dalam entry ini,tapi saya masih tak puas hati..Bean Moreno tetap adalah robot pada saya.
  • Entry bersahaja.Gaya penulisan Bean biasanya dia akan cerita life peribadi dia sedikit dibahagian perenggan permulaan sahaja.Kemudian isinya bertepatan dengan tajuk entry dia.
  • Tips2 yang dia kongsikan semuanya memang tiada selindung apa2..prinsip Blogger help Blogger memang sangat diaplikasikan oleh Bean Moreno.
  • Informasi yang terkini selalu ada saja termasuk dalam entry dia.Blog ini boleh dikategorikan sebagai blog berinformasi pada saya.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*saya tidak pandai komen blog orang.
*segala yang saya tulis adalah tulus dari hati saya.
*saya banyak belajar tentang blogging dari tips2 yang dikongsi Bean Moreno.
*to Bean : aku tengok gambar kau tu Bean rasa nak tumbuk laju2 muka kau..hahah