Blogosphere : Kenapa kau komen entry sesuatu blog itu?

Sekarang,semua tak kira newbie atau pun yang dah lama menulis blog,bila minta tips macamana nak best kalau blogging,pandai je bagi tips "rajin2 lah blogwalking,komen blog orang apa semua" ..macam skema jawapan je pulak dah..Tapi bukan tu yang aku nak persoalkan disini.

Apa yang aku nak persoalkan disini ialah,kenapa kau komen sesuatu blog itu?mesti ada reason kan??benda bukan wajib tapi kenapa kau komen entry blog orang?Aku tak nak bagi jawapan,sebab aku bukanlah seorang yang arif dalam hal ini,tapi aku akan bagi soalan semula.


Seperti entry Kenapa kau follow sesuatu blog itu? Aku akan klasifikasikan mengikut pandangan aku sendiri..maaf jika terdapat sebarang kekilafan ataupun sebarang rasa tidak puas hati akan apa yang aku akan bincangkan bersama disini.Aku akan bincangkan melalui contoh dalam bentuk monolog seseorang blogger..here we go.

Situasi 1.
"Entry yang dia tulis kali ni sangatlah bermakna.Terkesan aku selepas baca entry dia.Jadi aku komen apa yang aku rasa pada entry dia"

Situasi 2.
"Entry dia ni bercerita tentang pandangan peribadi dia.Aku juga punya perspektif aku sendiri.Jadi aku komen bagi meluahkan pendapat aku sendiri"

Situasi 3.
"Aku sumpah tak puas hati apa yang dia tulis ni.Tak faham topik ada hati nak tulis.meh aku komen kasi kau sedar sikit!!"

Situasi 4.
"Aku penyokong tegar blog dia ni.Apa2 entry dia merapu ataupun tidak,aku akan tetap komen..aku support kau sepenuh hati aku..!"

Situasi 5.
"Blogwalking setakat tinggal jejak kat shoutbox tak cukup.Meh aku topup kasi jejak dekat entry kau sekali.komen ala kadar sudah..komen 'nice entry' pun cukup"

Situasi 6.
"Aku blogger baru.Orang kata,sebelum kita menerima,kita kena memberi.Aku komen entry dia ni dengan harapan dia komen balik entry aku nanti"

Situasi 7.
"Dia ni blogger baru..tulisan merapu,tapi aku suka cerita2 dia.takpelah aku komen bagi support sikit supaya dia semangat nak terus blogging"

Situasi 8.
"Dia selalu komen entry aku..entry yang lepas2 pun semua dia komen..takkan aku nak pandang buat muka tak faham je kan apa yang dia nak?okey aku komen entry kau.

Situasi 9.
"Blogger help bloggers..kau tulislah entry apa2pun,aku tetap akan komen..nanti kang kau tolong komen entry aku balik"

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*anda didalam situasi yang mana??jujur..
*apa pendapat anda dalam situasi2 diatas?
*saya bukanlah blogger yang hebat..hanya meluahkan pendapat.
*anda terasa?saya mohon maaf.ini cuma pendapatasi saya sahaja.
*saya?semua diatas..(dah sah2 lah..kan aku yang tulis semua tu.)