Blog pilihan Kueh Tart : Ausmelankolik.com


Siapa kata pemilik blog yang mempunya perkataan melankolik ni orangnya pasti seorang yang sedih-sedih selalu?Kalau dah jumpa blogger bernama Aus ni,baru korang tahu macamana orangnya dan paling penting korang akan tahu juga kenapa aku pilih dia antara blog pilihan kuehtart.

Melankolik,kalau kita rujuk makna perkataan ni,ia membawa kepada pengertian secara general lah kan ialah Seseorang yang teratur, pemikir, pencetus idea serta sistematik dan akan memilih cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masaalah atau pekerjaan. Kalau boleh hendak 100% perfect tetapi jika tidak dia akan muram sepanjang hari.


Itu adalah definisinya secara general lah kot..ada juga ia membawa maksud seorang yang mudah tersentuh perasaannya (sensitive ) serta romantis.Aus,kau macam tu ke??Aus yang aku kenal memang seorang pencetus idea yang baik,dan paling penting,setiap apa yang dia fikir aku setuju hampir 100%!Adakah atas faktor usia kami??(aus tua sehari sahaja dari aku okey!)


Gambar ni dahlah tengah background kaler macam tu,kau buat muka gersang pulakkan Aus..haha..Ini lah dia ya semua,Mohd Firdaus Wahab,atau lebih mesra dengan panggilan Aus.Dia banyak tolong aku tentang coding2 HTML ni.dah dua kali juga aku lepak dengan dia.

Apa yang membuatkan saya memilih blog Ausmelankolik.com sebagai blog pilihan Kueh Tart ialah;
  • Aku tak tahu kenapa,semua yang dia cerita semua sama je macam apa yang aku fikirkan.sekali lagi aku pertikaikan,adakah ia kerana faktor usia?
  • Aku suka dengan gaya penyampaian aus ni..kreatif.Ada saja segmen2 yang dia reka..dan ia ada originaliti diri dia.
  • Penyampaian yang bersahaja.Tak makan dalam pun..
  • Up to date..dia ni lebih kurang sama macam Bean Moreno pada aku.mungkin memang benar kata orang dia ada scandal dengan Bean Moreno kot??
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Aus,11 Oct 1989.sendra,12 Oct 1989...hak2..kami muda lagi!