Showing posts with label follower. Show all posts
Showing posts with label follower. Show all posts

Blogosphere : Kenapa kau follow sesuatu blog itu?

Tanya diri sendiri,kenapa kau follow sesuatu blog itu,kerana dari situ,kau akan sedar apakah tujuan (baca : motif) kau ber bloging ni..Disini aku nak bincangkan tentang kenapa kita follow sesuatu blog itu.


Wacana ini,macam dah jadi trend ke apa,seseorang blogger itu akan memandang sesebuah blog lain termasuk blognya sendiri sebagai kayu pengukur di tahap manakah blog itu berada..Boleh pakai ke??Betul ke follower ramai membawa ukuran blog itu hebat?


Aku akan klasifikasikan mengikut pandangan aku sendiri..maaf jika terdapat sebarang kekilafan ataupun sebarang rasa tidak puas hati akan apa yang aku akan bincangkan bersama disini.Aku akan bincangkan melalui contoh dalam bentuk monolog seseorang blogger..here we go.
situasi 1.
"Aku nak tahu dan nak belajar cara blogger ini berinteraksi dengan umum melalui blog mereka..jadi aku follow blog dia"

situasi 2.
"dia ni femes,aku blogwalking mana2 blog ada saja cerita tentang blog dia..tengok follwer dia pun cecah ribu2 ni..jadi aku follow juga lahh.."

situasi 3.
"Aku nak juga jadi macam blogger lain,follower ramai,jadi aku akan follow setiap blog,dengan harapan dorang akan follow aku balik"

situasi 4.
"Aku nampak blog ni banyak berkongsi maklumat dan tips2 cara blogging,aku follow lah..boleh jadi rujukan"

situasi 5.
"sakit hati aku tengok orang cerita dorang dah dapat cek nuffnang dia..aku akan follow ramai blogger,aku bagitw dia aku nak jadi kawan dia,then aku akan keep in touch dengan dia dengan kami saling klik2 ads masing2.."

situasi 6.
"aku betul2 nak blog aku femes.aku sanggup buat apa sahaja janji blog aku femes..aku akan blogwalking keserata blog dan aku akan follow dorang dan nak dorang follow aku balik,takpe janji follower aku ramai"

situasi 7.
"aku follow blog dia sebab dia ada buat contest then dia wajibkan peserta menjadi follower blog dia..aku followlah..mana tahu menang"

situasi 8.
"ni blog kawan aku ni..alahh..best ke tak best aku follow je..nama pun kawan..follow je lah"

situasi 9.
"Dia ni tak sudah2 paksa aku follow blog dia..datang kelas suruh follow blog dia,pergi makan suruh orang follow blog dia..menyesal aku bagitahu dia aku ada blog."

situasi 10.
"Blog ni ownernya sangatlah cun@kacak..cerita merapu pun takpe,aku follow juga sebab aku suka tengok gambar comel kau yang kau upload kat setiap entry kau.."

situasi 11.
Blog ni sentiasa update perkembangan semasa..kalau aku follow dia dah serupa macam baca paper..follow lah"

situasi 12.
"budak ni baru tulis blog ni..aku nampak dia ada bakat dalam blogging..sayangnya follower dia tak ramai..follow je lahh..tanda aku support dia"

situasi 13.
"blogger ni selalu rajin komen blog aku,rasa macam bersalah kalau aku tak follow dia balik..follow lahh.."


Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*anda didalam situasi yang mana??jujur..
*apa pendapat anda dalam situasi2 diatas?
*saya bukanlah blogger yang hebat..hanya meluahkan pendapat.
*anda terasa?saya mohon maaf.ini cuma pendapatasi saya sahaja.

Blogosphere : Kuehtart.com "yes that is my domain"

Ingat tak aku ada cakap kalau follower cukup 400,aku nak beli domain lahh kan,aku nak beli domain nama kuehtart.com.
.
Akhirnya,semalam...lepas aku tunggu dengan sabar je..aku set bench mark,kalau follower aku cecah 400 org,aku nak beli domain aku sendiri,dan malam semalam,14 Februari,aku buka je dashboard blog aku,tengok2 follower dah 401.."alamak terlebih sudah"...Jadi,tanpa lengahkan masa,aku terus lahh transfer duit aku ke akaun Maybank NetKL dalam pukul 11:07PM.


Malam semalam jugalah aku terus setting kat blogger apa semua..tukar jadi domain apa semua..semalam jugalah aku baru tw tentang DNS(domain name system)..semalam aku siap setting semua sekali berapa minit je lagi nak pukul 12AM.jadi,aku declare,birthday domain aku ialah 14Februari2010..sebab aku beli utk setahun je,tahun depan cepat2lah kena bayar balik.

Macam kebetulan pulak,terkena hari valentine yang tak guna tu..so,lepas ni,dari korang semua sibuk dok ingat hari valentine tu,baik korang ingat tarikh aku kena bayar domain ni tahun depan..hahah..RM30 je..beb,wa cakap lu,NetKL punya servis memang baik lahh..aku semalam tu dah lah 1st time setting domain,nak tanya abang2 blogger otai semua dah tido pulak..(nak je aku kol kau bean)

Haihh,susah org2 dah kawin ni..last2 aku kol siapa nk tw?aku kol org NetKL tu terus..sebab kat web dia,memang dia ada bagi no utk dihubungi,24 jam lagi katanya..aku kol je lahh..dia ajar aku step by step beb..apa2 aku cakap servis NetKL memang baiklahh..Melz,betul weyh,kau memang kena tukar NetKL juga..hahahha..

Kadang2 aku fikir,kenapa aku nak sangat beli domain?ada je org yang dah lama blogging,follower dah beribu2,buat tak tw je pun pasal nak beli domain?apesal weyh?okey,ni reason aku:


  1. Aku nak serius lah sikit dalam berblogging ni.biasa orang,kalau benda free,macam dia rasa tak rugi apa pun kalau dia tak serius.."aku tulis blog ni pun suka2 je lahh"..hehh,tu kau..aku lain.
  2. Aku sekarang dah belajar buat target...setiap benda kita buat mesti nak ada target..Ni apa abah aku ajar..sekarang assignment drawing aku buat semua aku letak target.macam blog ni,ni lah target pertama aku,cukup 400,aku nak beli domain.cukup 420,layout baru aku mesti dah siap..cukup 450 org,aku nak buat contest..cukup 600 follower,aku tutup penyertaan contest.haa..and so on..camtu ah target aku.
  3. Aku nak pasni orang kenal lah blog kuehtart aku..tak kenal aku takpe,yang penting kenal blog aku ni.hope sangat lah,bila ada domain,effect kat SEO sekali..pasni kalau nak google blog aku,bolehlah tulis kuehtart.com je..hhehe
  4. Aku selalu kalau perkenalkan diri ke apa,aku mesti akan cakap juga pasal aku ada blog(haha,padahal org lain pun ada blog,tak kecoh pun?)alahh..tu masing2 ah,aku sayang blog aku,aku bangga dengan blog aku,so aku akan cakap pasal blog aku bila2 je ah,seiring aku kenalkan diri aku.apa,blog melambangkan peribadi blogger tu juga tw..so pasni,tak payah nak nak dotbelogsepot2 lagi..pasni dotkom je dahh..hehe..
  5. Semua org pakai domain,saya bila lagi?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Thanks kepada semua yang support aku cukupkan 400 follower..ikut hati,kalau aku tak dapat tahan,nak je pergi kat blog ramai2 org,pastu tulis "i follow u,follow me back"hahahha..
*Thanks kepada yang terus menyokong blog kuehtart,pasni nak buat tribute pasal koranglah..aku akan buat berdasarkan ranking top komentar.
*Aku aka buat contest dalam masa terdekat,harap org support tw..
*aku sedar,kalau kau berblogging,kalau org tak support,tak kemananya pun kau..
*thanks semua,kepada starrocker,kau dah jadi comrad aku..aku takkan lepaskan kau!haha.
*kawan2,pakai domain ah jom,MYR 29.95sen je setahun beb..tapi dengan NetKL lah..terbaik.

Blogosphere : Aku ni,blogger jenis apa eh?

Sekarang,aku terfikir,semua orang sekarang boleh jadi blogger kan?Budak kecik pun boleh,asal tw guna internet, tw menaip, pandai bukak akaun apa2 blog based sosial community ,kau dah boleh jadi blogger.Tapi aku terfikir,bila seseorang tu ber blogging,apa yang dia nak sebenarnya eh?apa yang ada kat dalam kepala dia nak tulis2 blog apa semua ni?

Jadi,konon2,nak selesaikan masalah pening2 kepala aku ni,aku pun bukaklah wikipedia..aku taip je lah "blogger"..tup2..keluar lah info pasal blogger..masa tu baru aku tw,blog ni ada 3 kategori rupa2nya iaitu:

  1. Blog personal.Blog jenis ni memang topik2nya lebih kepada personal penulis tu sendiri lah..takde kena mengena dengan kerja ke apa2 ke..
  2. Blog profesional.blog ni cerita pasal profesion dan industri topik2nya,tapi takdelah official sangat utk suatu company.
  3. Blog koperat.blog ni memang official utk suatu kompani punya hal je.
Jadi jelas kat sini,ramai kawan ku semua yang ada blog,kita memang sah2 lah kan tergolong dalam blog personal..tapi kalau org yang tulis blog personal,tapi ada jadi macam advertorial produk2 tertentu,adakah dia tergolong dalam kalangan blog profesional?nampak gah pulak kan nama camtu?Tapi aku memang teringin nak ada advertorial apa2 produk pun kalau boleh.(nak juga dapat side income lebih)


Owh,cakap pasal side income lebih,selalu perasan tak kat shoutbox korang,kadang2 ada je ntah sapa2 je,datang2 ntah,tinggalkan jejak kononnya,tapi dia ada bagi link sekali.bila klik link tu,sekali rupanya bawa ke laman web ntah apa2 "dapat wang" lah apa semua tu..Aku memang panas lahh kat org2 yang camtu.dia macam gunakan blog aku nak buat dia dapat income tu..

Paling aku panas,siapa ada tipu2 tu..cakap dia dah update blog lah,pastu suruh singgahlah..aku niat punya lah baik nak baca apa cerita baru kau tulis,tapi kau kencing aku minahh..kau bagi aku link terus ke "dapat wang" kau tu whateva..aiyaaa..aku panas lah camtu..dah,pasni kalau ada je spammer2 nak duit sangat tu letak link benda tu ke shoutbox aku,memang aku jaja nama kau kat semua kawan2 blogger aku.

Mula2 dia hantar camni kat shoutbox aku..aku pun dengan rasa murah hati,kalau org dah pelawa takkan nak jual mahal kan,apa salahnya support sesama blogger..pastu,aku pun klik link yang dia bagi kat aku dengan niat yang baik.pastu,bila aku klik..

Keluarlah benda ni..apa ni?mana blog kau yang baru kau update tu?mana blog yang kau jemput aku tengok tu?mana weyh?apa ni?nak cari duit,tapi tipu2 org..haihh..kau pergi jauh2lah dari blog aku ehh..aku kurang selesalah..maaf ehh..

Apa yang jadi macam contoh kes kat atas tu,jelaslah kan ada org yang gunakan blog ni.macam betul2 untuk dia cari income.aku pun berhasrat nak jadikan blog aku ni betul2 side income aku.Aku betul2 nak weyh..Aku nak dapat advertorial ke apa semua..ada tips tak?wahai blogger2 diluar sana??sendra bertanya ni..

Ada juga jenis blogger yang sangat mengejar populariti ke apa ntah..tulis entry apa2 je,tapi rajin hebah ke blog sana sini,blog walking katanya,tapi tinggalkan jejak suruh org follow dia.Aku kadang2 jeles juga tengok blog org,entry dia kadang2 aku rasa "apa je lah yang kau nak sampaikan sebenarnya ni?".."merepeknya entry pasal personal life kau".." tapi tengok follower,mak aih..nak dekat seribu juga..dengan perasaan ingin tahu,aku blogwalking balik blog follower2 baru kau..

Sekali nampak daa kau punya msg kat situ,lebih kurang maknanya "i follow u,follow me back"..hurmm..patutlah follower nak dekat seribu,tapi komen kau apesal macam tak pernah lepas 10?aiyaa..tu pun dah campur kau punya comment mesra readers kononnya.hey..come on ahh,aku terasa macam kau rugi tw kalau buat macam tu..sebab apa?

Sebab kau takkan tahu tahap penulisan kau berada kat tahap mana..Aku tak cakap penulisan aku ni bagus ke apa.Aku sedar selalu entry aku emosional juga tak tentu pasal,pastu kadang2 merepek sorang2 takde org nak layan.tapi,sekurang2nya,aku boleh bangga org follow blog aku sebab dorang memang nak follow..Itu akan buat aku lebih hargai dorang,then dari situlah dapat kawan blogger baru..Aku sangat hargai mereka.


Owh,aku juga sangat berterima kasih kepada mereka2 yang sudi klik nuffnang aku..aku kadang2 tak tw lah siapa yang klik kadang2 sebab korang ada yang tak tinggalkan jejak ke apa..tapi,apa yang aku buat utk balas jasa org secara rambang?aku akan pergi melawat ke blog org yang komen entry aku,dan sebagai tanda menghargai mereka,aku akan klik nuff mereka.Kalau sehari tu nuffnang dia tidur,aku tetap akan datang juga malamnya ke,esoknya ke,aku akan klik juga disamping komen balik entry mereka yang menarik.

Owh,aku punya rating nuffnang terkini dah naik sikit..large rectangle dengan leaderboard dua2 dah straight 5 bintang.tapi apesallah sky crapper aku masih jula juli bintang tiga ehh??ada sesiapa boleh bantu?

Aku juga ada war2kan kan,aku nak beli domain kalau follower cukup 400..insyaallah kalau dapat,aku nak terus pakai nama kuehtart lah..aku dah cop tu eh..jangan dengki..haha..harap org supportlah.aku nak beli domain ni,sebab aku nak lebih rajin ah blogging,sebab biasalah kan,kalau benda free ni,selalunya kita buat tak endah je..tapi kalau benda yang kena bayar ni,semangat sikit kan kita..hehe..

Aku juga akan minta tolong kawan aku,seorang yang tw sedikitlah pasal web design ni.insyallah,kalau aku dah beli domain,blog ni akan berwajah baru..tak nak dah suram je macam ni..owh,aku juga akan buat satu contest pertama dari kueh tart..ni pun tunggu aku dah ada domain sendiri..yang ni hadiah lumayan juga tw,aku dah save duit aku siap2..RM300 beb..haha..semangat kan aku?

Owh,berbalik pada tajuk asal entry ni,aku teringain nak tanya kepada semua,kepada yang dah baca dan mengikuti lah blog aku dari awal2 dulu,boleh tak bagitahu,aku ni blogger jenis apa eh??aku nak tw jujur dari hati korang.aku tak kisah korang nak cakap pasal personaliti aku ke,penulisan aku ke,cerita aku ke,topik aku ke,aku betul2 nak feedback org.sebab aku memang nak buat yang terbaik dalam ber blogging ni..please ehh!

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Aku minta maaf seribu kali maaf kalau ada apa2 yang aku tulis kat atas tu terkena kat sesiapa..kalau korang terasa apa yang aku cakap kat atas tu,mungkin aku memang cerita pasal korang.Aku bercakap atas pandangan aku dan pemerhatian aku.Tiada niat nak buruk2kan org ataupun nak gaduh2 ke apa tw.peace!
*Aku harap sangat entry ni banyak feedback.sebab aku betul2 nak tw aku ni jenis blogger yang macamna?apa silap aku dalam tulis blog ni apa semua,aku betul2 nak tw..tolong ehh..



Blogosphere : Follower owh follower~

Terharu,gembira,suka,exited,apa r semua yang sewaktu dengannya..akhirnya genap pun follower jadi 300 org..terima kasih semua..rasa macam dihargai je camni..ingat lagi dulu masa mula2 tulis blog,ingat tak kan ada siapa nak baca blog ni..tapi bila makin ramai follow,makin ramai komen..sekarang blogging dah jadi hobi dah..aku rasa entry ni maybe macam agak tak matang dan tak perlu pun nak publish,sebab takde kena mengena dgn readers lain..tapi ntah,aku rasa aku nak reveal diri aku sebelum ada 100 follower tw.

Mesti ada kot blogger yang follower dah beribu2 macam cakap,eleh kau,baru 300 org dah nak suka sangat..takpe,aku tak kisah pun..sebab aku sedar kemampuan aku..aku ingat lagi,dulu aku pernah tw terjebak gejala blogger yang sangap follower.haha..masa tu follower aku baru tak sampai 100..sangap follower punya pasal,aku spam ntah kat berapa blog ntah..semua aku suruh dorang follow aku..ada jugalah blogger yang murah hati nak tekan je button follow kat navigation bar atas tu.ada juga yang buat ignore je lah msg bodo aku tu..haha

Tapi bila dah cukup 100 org,bilangan org yg dtg blog aku mcm sikit je..traffic tetap slow mcm biasa..readers ciput juga..komen tetap tak pernah sampai sepuluh,tu pun dah campur aku punya komen aku sendiri, mesra readers katanya..tu buat aku tak rasa best..pastu,sejak dari 100 tu,aku dah malas nak buat kerja gila spam2 kat shoutbox org suruh dorang follow aku,macam tak berbaloi langsung..kerja gila tu namanya..orang follow pun tak ikhlas tw..memang tak best dan aku menyesal dgn tindakan blogging aku yang  tak beretika camtu..haihh..

Serius beb,aku cakap tu kerja gila..maaf kalau ada yang terasa..aku bercakap tu mengikut pengalaman aku sendiri..it is better kalau orang follow blog kita sebab memang dorang suka entry kat blog kita.(aku tak cakap pun eh blog aku bagus ke apa..)..daripada follower beribu,tapi org tak minat nak baca cerita kau,itu ngak best ya..kita ngak butuh follower begitu..

Anyway,aku hargai sangat2 org yang sudi follow aku..sumpah aku hargai sangat2...walaupun sangatlah merangkak- rangkak kann...sebab,kalau takde korang,takdelah aku nak bertahan sampai sekarang buat entry ni semua.takdelah aku rajin buat blogwalking semata2 nak belajar gaya penulisan blog orang..takde ahh aku kadang2 runsing apa semua sampai kalau lama sangat tak post entry tw..rasa macam buat salah je..(cehh)

Aku dapat belajar kat sini,kalau org suka entry kau,kalau tak suka pun at least dorang nak tgok apa kau selalu update,dorang akan follow kau beb..tak payah nak sangap2 follower ni..dorang akan datang sendiri..percayalah..insyaallah,follower sikit tapi dorang follow ikhlas tu lagi penting tw!benda tu buat kau lagi happy dengan blog kau sendiri.!

Apa2 pun,terima kasih kepada follower sekalian!!u make my blog alive!!sangat2 alive..suka sangat2..kalau adalah apa2 yang boleh dizahirkan nak tunjuk kan penghargaan kepada korang semua,mmg aku akan bagi tw..tapi aku tak mampu..apa yang aku mampu cumalah aku akan cuba yang terbaik utk terus buat entry yang lebih baik lagi pasni..akhir kata dari aku,Happy blogging semua dan ingat,Bloggers help bloggers!!

Cheers,
Sendra
CEO Kueh Tart.

nota kaki:aku tw lah 300 follower tu takde makna apa2 pun sangat..biarlah aku nak cakap juga..kan ni blog aku punya..aku nak juga hargai semua follower aku..aku tak kira..huhh.
dah wey,aku nak buat assignment pasal Burj Khallifa,Dubai.babai.