Showing posts with label artwork. Show all posts
Showing posts with label artwork. Show all posts

Personal : Usah kenangkan cerita kita semalam.

Hello readers,

Entry kali ni, aku ingin sampaikan nasihat untuk diri aku sendiri dan juga buat semua yang singgah ke Kueh Tart.Pada awalnya, lagu ini ditulis 5 tahun yang lalu oleh aku sendiri, dan kebetulan hari ini aku terjumpa file yang mempunyai lirik lagu ini.


And I was also in the mood for this song.Suara aku memang tak sedap because I am a writer, not a singer. Remember?





Untuk esok

ku menangis kelmarin,
usah kenangkan cerita kita semalam,
lupakan segala isi-isinya,
ketika kita masih bersama, 
jangan pula kau menyakitkan hati yang lain,
mahupun dirimu.


bila hujan sentiasa menemaniku,
jangan kau fikir aku sedang lemah derita,
sesungguhnya aku masih ada,     
teman-teman yg teristimewa,
insyaAllah kita akan bertemu semula,
di lain dunia.
*chorus
 

fikirkan lah tentang dirimu,
fikirkanlah sejenak,
Usaha lebih dari apa yang kau ada,
untuk esok.

ku menangis kelmarin,
bila aku mengenangkan cerita semalam,
ingatlah segala isi-isinya,
ketika ia masih bersama,
jangan pula kau menyakitkan hati yang lain,
mahupun dirimu.


Cheers,
Starrocker,
Co-CEO Kueh Tart.

*Maaf,kualiti bunyi kurang memuaskan..aku record guna phone sahaja..
*Enjoy!

Blogosphere : apakah lelaki dengan kotex?

Semalam post entry pasal sketches aku whateva yang ntah apa2 je lahh tu..then aku tak tw ntah berapa ramai kutuk aku,berama ramai gelakkan aku tu tak nak pun aku ambik tw..aku tw aku ni beginner,drawing aku ntah tahap sekolah menengah ke apa ntah..aku tak kisahh..

Tapiiii..ada sorang blogger ni macam bagi kepercayaan kat aku ke apa ntah,tapi aku teharuewww sikit ahh..dia minta aku lukiskan gambar untuk dia..aku tanya gambar apa?dia kata teddy bear..pastu dia sibuk2 cakap dia KAK daisy..sebab aku cakap 21 tahun tua then dia 23..hahha(aku takde ckp pun tua ehh)..ni drawing yang aku cuba buat utk dia..


Haaa..biasa2 je lahh yang aku mampu buat..sebenarnya,lepas KAK daisy ni suruh lukis,aku fikir nak buat esok je lahh..sebab mcm dah ngantuk apa semua tadi,lepas borak dengan Bean Moreno kat fb..tapi,time aku nak tido,rasa macam tak sedap je..macam tak best je selagi tak buat drawing teddy bear tu..dia sebab rasa mcm penghargaan anugerah ke apa ntah,bila orang mcm bagi kepercayaan kat kita tw..terus aku buatlahh lukisan tu.

Aku lukis tu kalau ikutkan rasa macam tak siap lagi sebab tak touch up lagi dengan pastel apa semua..tapi cukuplahh tu eh,pakai pensil warna je pun..rasa macam dah ngantuk apa semua..so buat je lahh laju2..hahha..apa2 pun,tetap ikhlas tw lukis tu..thanks sangat2 kepada KAK daisy sebab buat permintaan lukis teddy bear ni..ntahh,tak reti lahh lukis badan nya tu.(siapa2 kalau ada yang nak juga,bgtw lah..hehe)

Owh,semalam borak dengan Bean,kitorang macam open topik pasal blogger2 yang dah maju..yang kiranya nuffnang dah boleh bayar kat diorang untuk buat advertorial..apa itu advertorial??klik sini.haa..cek lahh..aku simpulakn,advertorial ni kira macam syarikat iklan akan bayar kau untuk iklankan pasal produk diorang,dengan entry blog kau,dengan apa cara sekali pun,janji kau bagi customer maklumat yang sah dan boleh menguntungkan syarikat yang bayar kita.

Bean kata lahh,aku tak tw..bayaran untuk advertorial minimum rm500..wow!!banyaklahh tu..so kalau korang ada terperasan lah kan,blogger2 yang dah dibagi mandat nak tulis2 advertorial ni,dorang memang masyuk lah kiranya kan..best lah..so aku nak sangat jadi macam tu..then nak jadi macam tu,bagusnya rating kat nuffnang tu kalau boleh semua capai 5 bintang..aku punya..sob..sob..sikit je baru..tapi,aku bercita2 juga nak penuhkan semua 5 bintang..paling penting aku nak jadi blogger yang buat advertorial..naakkk duwettttt...

Bean ada dapat lahh tips dari sorang blogger ni..ntah apa adress dia aku tak ingat..tapi dia bagi tips,kalau nak jadi blogger advertorial nuffnang ni,kita kena lah rajin2 pergi event yang nuffnang anjurkan..so dorang akan kenal blog kita,pastu dia akan naikkan traffic kita lahh,disamping kita akan dapat ads yang mahal2 sikit..lagi kan,aku terperasan,blogger2 yang mantop2 ni,biasanya dorang pakai domain sendiri kan??kalaulah aku ada domain aku sendiri,aku nak tetap dengan kuehtart,so aku nak adress domain aku http://www.kuehtart.com haha..stylo kan..(berangan sudah aku.)

Tapi aku serius tw..aku betul2 nak jadi penulis advertorial..kepada incik nuffnang yang baik hati..saya sanggup je tulis iklan apa pun..pasal kotex pun saya tak kisah..tapi tolonglah bagi saya duit belanja setiap bulan..hehe..apa2 pun,aku nak ucap thanks lahh kat kawan2 blogger semua yg rajin klik2 aku punya nuff..aku selalu klik balik kalau yang bgtw dia klik nuff aku tu..cuma selalu aku malas je nak tulis balik kat shoutbox tu..pedulikan apa org kata pasal klik2 tu..kita blogging kan nak enjoy,nak kenal ramai kawan kan??owh,cakap pasal kawan,bersyukur kawan aku,uncle owner shyfuri's blog tak payah pakai tongkat..dahh..penat cerita panjang..bai.

Personal : Sendra de architecture semula~


Hello semua..aku nak bgtw sekarang aku belajar semula kat Kolej Shahputra,Kuantan,kos diploma in architecture UTM..ye,aku tw aku dah terlambat kan?..dah 21 tahun tapi baru sem 1..takpelahh..aku tak kisah pun yg penting aku belajar lagi.Aku tw aku dah banyak sangat abis duit belajar dari satu tempat ke satu tempat,pastu tak pernah habis pulak tu..ada je masalah..harap sangat kat sini last lah aku belajar kat tahap diploma ni..(penat tw!)

Tahun 2010 tahun baru,azam baru..umur aku 21,aku baru sem 1..takpe..aku tak kisah walau kawan2 sebaya aku kebanyakkannya dah nak grad dah..yang pergi oversea sikit tahun lagi dah nak grad..takpe..aku tabah je lah..doakanlah aku dan aku harap sangat aku tak buat silap aku dulu lagi.So yeah..aku belajar Architecture semula,start sem 1 balik.

Nak tw,architecture ni kos yg interesting sebenarnya tw..as long kau enjoy dengan architecture,insyaallah ok dan baik punya..Semalam baru masuk first kelas studio.Studio architecture sem 1 dia mcm pengenalan lagi..banyak suruh budak lukis2 je..Aku mcm terfikir,kalau aku masukkan kerja2 aku dalam blog dari sem 1 sampai habis punya,mesti best pada aku..sebab aku boleh simpan semua gambar2 kerja aku dalam ni kan..So,ni first entry pasal study aku dalam architecture.here we go..

Semalam,lecturer aku,Mdm Hidayah..(walau dia dah kawin,aku tetap panggil miss..dah terbiasa) suruh budak semua lukis 5 sketches kat kertas A4..semua sketces,apa2 sahaja kena about myself..apa2 sahajalah yang pasal diri kita..nilahh sketches yg aku buat..(sorry,lukisan aku buruk..)tengok jelahh..aku tak kisah..semua org mula dari bawah kann.

haa,yang ni konon2 aku lukis muka sendirilahh.maaf,muka aku tak camtu pun ehh..aku kalau lukis muka orang kalau lelaki mesti jadi hensem sangat,kalau perempuan mesti jadi cantik sangat2..haha..padahal aku tak camtu pun..konon2 dalam ni,aku ceritalah,nama aku,aku asal dari Johor(semangat),tarikh lahir aku..tangan aku konon2 pegang assignment(konon nk cakap pasni aku akan rajin buat assignment ahh)..pastu yang mcm kerawang2 sekeliling tu,aku cakap aku suka berangan..semua org gelakkan aku.hahaa.(weyh,lettering aku hodoh)

Pastu gambar yang ni pulak,aku lukis konon2 macam ada pathway lahh..pastu ada pokok palm dengan pokok pine..konon2 evoke formality lahh.ada sense of welcoming ahh..konon2 mcm apa yg aku belajar dulu kat landscape architecture aku apply kat sini..aku cakap lahh,aku nak jadi org yang ada sense of welcoming,aku nak jadi budak baik dengan semua org lah bla3..pun budak2 gelak juga..hehh..(sketches ni budak ngan lecturer landscape aku tengok mesti gelakkan aku,sebab dorang power tw..!)
Yang ni pulak aku lukis gambar kucing..sori gambar tak pekat,aku lukis pakai pensil hb je..pastu kat bawah tu aku lukis tulang ikan denga taik kucing..aku cakap ahh,aku kadang2 tak suka kucing sebab ia suka curi makanan (street cat),pastu dia suka berak2 kat umah aku..(umah aku yang kat Johor).pastu kesian mak aku sebab kena bersihkan taik tu..pastu kesian juga aku kalau mak aku pulak suruh aku bersihkan..grr,umah aku tak bela kucing pun tw..aku pun panas kat kucing sebab suka buat2 gaya comel pastu aku cair pastu aku tak sampai hati nak marah pastu aku yang kena bersihkan taik ia..
Ok,yang ni mahal..sebab apa,aku lukis gambar blueberry cheese tart..pastu orang tak percaya..kata tak pernah dengar apa semua..aku pernah makan weyyhhh..haa,ni aku ada google,memang wujud lahh..tapi dia tak sama dengan yang aku makan..klik ahh utk tumbesaran..credit utk tuan gambar..apa2..aku nak cakap dari sketch ni,aku bukan suka memasak ke,aku suka makan tart ni ke apa..obviously lah kan aku nak cakap aku ada blog..haha,saja aku nak promote blog aku kat kawan classmate baru aku..kat miss dayah sekali ha,aku promote..aku cakap ahh,dari sketches tu,aku lukis konon2 tgh panas,aku cakp ahh,aku akan suka nak buat topik2 panas dalam blog..(padahal biasa je..)
haaa,yang ni sketch last aku..time ni aku dah tak cukup masa..dah sibuk lukis 4 skethes diatas,aku dah tinggal sikit masa je dahh..so aku dah takde idea nak buat apa,aku pun lukis je lah miss dayah..(Ok aku tw aku lukis mulut dia senget dahh kau diam,time tu nak cepat)haha..tapi at least budak kelas dapatlah gambaran muka miss dayah camni lahh..dia japanese look sikit,pastu sekarang pakai selendang dahh..Aku bgtw lahh kat miss dayah,aku nak cakap terima kasih lah kat dia sebab bagi kepercayaan kat aku dan sudi terima aku balik belajar kat sini(dulu aku pernah belajar kat sini,kalau tak aku dah sem 5 tw sekarang..).pastu dia suruh aku janji mesti dapat dekan..pffftt..


Haa,tu je lahh buat masa sekarang kerja aku dari studio architecture sem 1 ni..ni yang first punya utk sem ni..macam intro je ahh..aku mula2 macam malu juga nak masukkan kat blog ni..malu seyh lukisan tak cantik..tapi takpe,aku harap aku dapat belajar sampai abes ahh kat sini,dan paling penting aku nak org lain nampak lahh aku punya peningkatan,tu pun kalau meningkat....(harap semua support aku ehh)..