Personal : Bagaimana satu hari nanti wall facebook aku dipenuhi dengan sedekah alfatihah juga?

Aku menerima satu berita seorang kawan aku telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.Tidak panjang usia arwah rupanya.Sebaik sahaja aku mendengar berita itu,aku hanya mampu memberi sedekah alfatihah untuk dia.Aku tengok profile facebook arwah.

Aku tengok,sudah ramai kawan2 dia memberi sedekah al fatihah kepada dia.Penuh wall itu dengan ucapan takziah dan al fatihah..Aku salah seorang dari mereka.Aku baca ucapan2 takziah dari semua,kemudian aku terfikir,bagaimana satu hari wall facebook aku dipenuhi dengan sedekah alfatihah juga nanti?


Aku terdiam tak mampu berkata..speechless..Aku jadi macam terbayang aku berada di situasi arwah.Semua nikmat dunia sudah tiada..Sudah pergi semuanya.seolah2 sekelip mata ia berlalu.Tiada lagi peluang untuk mengumpul bekalan akhirat.Cukup sekadar apa yang sudah diusahakan sepanjang riwayat hidup.

Aku jadi sangat takut..memang menjadi norma manusia takut pada kematian,cuma kali ini aku macam tersentak,dan terfikir jauh,bagaimana nanti?Sempat lagi kah aku bertaubat?Cukup ke amalan aku ketika itu?Adakah sudah sempurna diri aku untuk menghadapinya nanti?Ya Allah,ampunkanlah dosa2 hamba mu ini.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*speechless.