Aku paling suka bila : Makan di restoran mamak.

Restoran mamak atau sinonimnya yang biasa aku gunakan iaitu mapley.Ada apa dengan mapley yang membuatkan aku rasa makan di mapley jauh lebih berbaloi berbanding kalau makan di restoran2 biasa yang lain??Apakah kelebihan mapley pada pandangan aku?

Pantas dan efisien.
Kalau kita perhatikan,kalau pergi ke mapley2 mana pun lah kan,aku jarang nampak pulak mereka mengambil order sambil mencatat order kita.yang mereka buat cuma geleng2 kepala sahaja..Tapi time pesanan sampai,ehh?betul pula semua order tu..takde yang salah pun.


Aku rasa kalau kita boleh praktikkan cara mapley2 ni berfikir,mesti kita boleh jadi pelajar cemerlang..sebab boleh mengingat apa yang pensyarah ajar tanpa menyalin sebarang nota..cuma perlu geleng2 kepala saja..Lagi kalau korang perasan,kebiasaannya,mapley dimana2 sahajalah di Malaysia ni,mereka mengamalkan sistem RP.

Sistem RP.
Apa itu sistem RP?RP merujuk kepada sistem ramai pekerja.(aku baru reka term tu)..sistem RP ni kebanyakan restoran2 orang melayu tak buat pun.Semua atas dasar sifat kebanyakan mereka yang tangkai jering.(baca : kedekut).Apabila sesebuah restoran mengamalkan sistem RP,semua urusan akan menjadi lebih teratur dan efisien.


Sebab tu kalau kita datang mapley,sekejap je order,tak sampai beberapa minit,semua order kita sampai.Takdelah kadang2 ada sesetengah restoran ni,tahan dia buat pelanggan macam orang dungu menuggu mereka melayan kita.Satu lagi hal mengenai mapley ialah,mereka bijak menkreatifkan masakan mereka.

Kreatif.
Kalau korang perasan,sebenrnya mamak ni kreatif.Walaupun ada satu mapley tu aku jumpa,mereka cuma membuat kelainan dengan setiap masakan mereka dipacakkan dengan hirisan timun secara menegak.Macam simple,tapi kelainan itulah yang menarik pelanggan.Tambahan kalau masakan mereka itu sedap.

Contoh kekreatifan mapley.simple tapi menarik lah tu..credit pic to http://wp.peachjon.com)

Kalau wallet gemuk,sesekali boleh makan ayam tandoori mereka)

Mengekalan keaslian.
Pernah tak pergi mana mapley lepas tu ada jual mee wantan ke,nasi goreng cina ke??ada ke?cubalah kau pergi order kat mapley,takde punya.satu lagi perkara yang aku suka tentan mapley ialah mereka mengekalkan originality mereka.


Aku kagum dengan sebuah restaurant di selangor,yang mengamalkan sistem MADP.sistem MADP ialah sistem Makan Atas Daun Pisang.(term ni pun aku baru reka juga)kau tak rasa unik ke?kat rumah kau nak buat ke kerja pelik tu?kat mapley je boleh der..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Orang selalu mengaitkan restoran mamak dengan kotor.penyelesaian : janganlah pilih mapley yang kotor..pilihlah mapley yang mendapat gred kebersihan yang baik.

*Dua mapley terbaik aku pernah pergi di Malaysia ialah :
  1. Restoran Nashmir  di Ipoh.Nilah mapley terbesar aku jumpa..mapley ni siap macama ada garden park ke apa entah,siap ada swimming pool untuk kanak2,ada banyak gazebo2..dah macam tempat orang dating.siap dengan landscapenya semua.
  2. Restoran Kapitan di Pulau Pinang..Kata orang nasi kandar terbaik kat sini lah..teringat masa makan nasi kandar,ada dihidangkan macam pembuka selera,dalam jug diletakkan air macam air kosong campur perencah maggie kari..boleh bayangkan tak?bergetah rahang minum air tu.
*apa pendapat korang?
 Mapley dan pinggan besi memang tak dapat dipisahkan.

*owh satu lagi aku suka tentang mapley,sekarang mana2 mapley ada saja servis WiFi..Thumbs up mapleyss!