Political/Social : Sudah berpunya tapi kenapa masih mencari?

Akhiran ini,dah menjadi satu trend agaknya..kalau satu pasangan tu tengah hangat bercinta segala..bagai bulan pun sanggup di beli untuk dijadikan sebagai hadiah hantaran bagai..itu membawa maksud "kau adalah milik aku seorang"..apakah??


Okey,masih blur lagi dengan mukadimmah macam tu,takpe,straight to the point..Isu kali ni  Sendra nak ajak bincang dengan korang semua dua topik,dalam hal-hal orang bercinta bagai ni..Isu itu ialah;
  • kenapa kalau sudah ada pasangan sendiri,tapi masih sibuk mahu mencari lagi?
  • adakah sudah declare kekasih bermakna tu adalah hak milik sepenuhnya?
Diberi situasi..bayangkan,korang ni berada dalam situasi sebelah pihak.(tak kisah lah lelaki ke perempuan)..saya bayangkan saya berada kat tempat lelaki tu okey.Sudah berpunya..nama dia M.Saya sangatlah sayang pada M..M lah segala2nya pada saya..

Tanpa M saya rasa dunia ni macam tak sempurna untuk saya..Tapi dalam waktu yang sama,ramai perempuan lain yang mahukan saya..Sekarang,tak payah ada no phone,dengan Facebook pun diorang boleh nak kenal dengan saya..Saya layan..Tapi itu tak bermakna saya mahu menduakan M..


Cinta saya cuma untuk M seorang..Saya melayan perempuan lain hanyalah untuk melayan jiwa muda saya yang masih mahu 'flirt' dengan perempuan lain..tapi sumpah,saya tak berniat mahu menduakan M..Jadi macamana?

Persoalan disini,saya faham M marah jika saya melayan perempuan lain adalah kerana dia merasakan apabila saya layan perempuan lain,saya memberikan harapan kepada mereka..M tidak mahu itu terjadi sebab dia mahukan diri kita hanya untuk dia seorang..Tapi dalam hati saya cuma ada M seorang.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Dalam situasi diatas semua itu cumalah contoh..tiada kena mengena dengan Sendra langsung.
*Sekarang ramai je kan couple bergaduh sebab kantoi layan perempuan/lelaki lain dekat social networking macam Facebook Myspace segala ni kan?
*Cuba tonton video dibawah;




*Dalam video tu cakap tunang..kalau yang tunang pun belum,apa cer derr?
*Fikirkanlah.