Blogosphere : Jenis blogger yang disukai. (part 1)

Cerita mengenai blogger jenis blogger yang disukai ni mungkin sangatlah subjektif.Lain padang lain belalang..begitu juga pendapat mengenai hal ini,lain orang lainlah pendapat kan?


Jadi dalam entry ni,aku akan utarakan mengenai hal ini dari mata pandangan aku sendiri..terpulang kepada setiap individu nak terima ataupun menolak pandangan aku.Segala tunjuk ajar dan teguran amatlah aku hargai dari semua.


Mengikut pandangan aku,aku suka sangat pada blog yang dimana penulisnya menulis dengan mengikut kriteria diri dia sendiri..maksud aku ialah,personaliti diri dia ditonjolkan pada blog nya tanpa nak ubah2 sebarang cerita tentang diri dia,supaya orang pandang dia macam cool..hehh..
Maaf aku cakap eh,sekarang rasanya macam fenomena penulis ke apa entah,masing2 macam nak cakap diri dia tu bagus,diri dia lah yang betul dia lah yang paling cool..tak best..lagi aku tak suka orang yang macam malu nak mengaku jati diri sendiri.


Apa maksud aku tak nak mengaku jati diri tu?okey straight to the point..aku bagi contoh..perasan tak kadang2 budak lahir dan duduk selangor tapi kalau ditanya asal dari mana?.."KL"..macam bangga je kan?kenapa tak nak cakap selangor je?malu?(baca : ini contoh sahaja..)


Aku respek pada sesetengah orang yang menulis tanpa menyembunyikan identiti dirinya sendiri seperti memasukkan loghat negeri asal mereka,menceritakan budaya mereka walaupun benda tu agak macam orang pandang kebelakang mungkin,tapi aku suka sebab itu menunjukkan mereka bangga dengan personaliti mereka.


Apa point yang aku nak ketengahkan disini ialah,"jadilah diri sendiri"..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*maaf kalau ada yang terasa hati..aku cuma meluahkan apa yang aku rasa.
*jika ada kesalahan dalam blog aku,teruslah tegur kesilapan aku tu..
*aku respek blogger yang bangga dengan asal usul mereka..
*blog yang menggunakan loghat negeri mereka sebagai medium perantaraan,aku rasa blog tu meriah tw..sebab kita boleh belajar bahasa mereka dan terasa berada di tempat mereka.
*haihh,aku orang johor,apa je lah loghat aku ada eh?